Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Terjah Lubuk Haruan Machang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Baru-baru ni aku pergi melawat adik ipar di Machang, macam biasa sebagai seorang pemancing, joran memang tidak pernah dilupakan walaupun sebenarnya aku memang tak pernah memancing kat Machang ni.

Machang, Kelantan
Sepanjang perjalanan aku sentiasa memerhatikan kawasan sekeliling mana lah tahu ternampak port mancing baik punya..Tetapi aku lebih fokus bila dah nak sampai ke Machang, aku ternampak kawasan sawah padi dan terdapat parit-parit yang dipenuhi tumbuhan akuatik (siapa yang biasa memancing korang mesti dah terbayang ikan apa yang ada kat tempat macam ni kan).

Sawah
Kami sampai lebih kurang jam 2.00 petang, aku rehat-rehat dulu (sambil terbayang port sawah tadi). Selepas asar aku terus ambil joran dan menuju ke sawah yang aku nampak tadi.
Haruan Machang
Sebaik sampai ke sawah, aku terus melempar gewang ke tali air berhampiran sawah, lemparan ke-3 terus mendapat sambutan. Seekor haruan berjaya aku tumpaskan. Aku berjalan menyusuri tali air, beberapa lagi sambaran berjaya aku perolehi namun sambaran tersebut tidak tepat mengenai mata kail.(mungkin juga ikan yang menyambar gewang terlalu kecil)

Salah satu Port haruan di Machang
Ini antara port terbaik disepanjang tali air tersebut, aku melempar gewang hingga kemulut palong, tiba-tiba satu sambaran berlaku dari dalam palong menyebabkan aku "terkejut beruk" namun ianya tidak tepat mengenai gewang. Aku meneruskan melontar gewang namun tiada sebarang sambaran lagi, mungkin ikan tersebut bersembunyi jauh didalam palong.
Haruan Machang
Aku meneruskan menjelajah dipinggir  sawah, sambil tu aku melempar gewang ditempat yang aku rasakan berpenghuni. Dan hasilnya seekor lagi haruan berjaya aku perolehi.

Haruan Machang
Lagi sekor aku perolehi di kotak sawah yang lain, saiznya hampir sama dengan haruan yang sebelum ni. Aku rasa haruan sawah memang besar-besar ni jer kot..

Haruan Machang
Apabila hampir senja lagi banyak sambaran yang aku perolehi, ada yang terlepas dan ada juga yang sambar tak tepat. 
Akhirnya dalam masa hampir 3 jam aku berjaya memperolehi 6 ekor haruan yang kesemua saiznya hampir sama dan dilepaskan semula untuk generasi akan datang.

"Terjah Lubuk haruan Penang" akan di update pada entry akan datang.







2 comments:

  1. dapat memahami perasaan bro bila ternampak port baik punya. hati tak senang selagi tak test port tu. Apapun dalam gelung tu rasa memang besar. ikan biasa menyorok dari kepanasan.


    Update terbaru dari TC Benarkah pemancing pengotor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tejaoo wg, hanya pemancing yang tahu perasaan seorang pemancing.. Hati memang tak senang bila ternampak port yang baik. Hasil dapat atau tidak perkara kedua, yang penting "terjah" terlebih dahulu...

      Delete