Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Panduan Mudah Membina Fishing Rod Rack

Assalamualaikum dan salam sejahtera. sebagai  kaki pancing mesti korang ada banyak joran. Kadang-kadang sampai beselerak joran kat rumah. Kalau yang  two piece tu, sampai masa nak guna, mula la kelam-kabut nak cari mana set dia. Bergitu juga dengan aku, selalunya macam tu la bila nak guna baru lah nak cari joran dan set yang sesuai.

Untuk memudahkan aku menyimpan joran dan untuk memudahkan aku memilih set yang sesuai bila nak  memancing, aku telah membina "fishing rod rack". Sebenarnya tak lah susah sangat nak buat rack ni, bahan-bahanya pun mudah. Aku cuma guna kayu pallet je, screw pula sebagai bahan untuk menyambungkan bahagian  -bahagian pada rack.

Design Fishing Rod Rack

Design Fishing Rod Rack

Bahagia-bahagian Fishing Rod Rack
Langkah pertama aku buat design fishing rod rack yang aku nak. Senang jer nak buat desing ni, aku buat desing yang paling mudah dan bersesuaian dengan material dan kelengkapan yang aku ada.  panjang maksimum rack tu mestilah tak melebihi pajang pallet.
Bahagia-bahagian Fishing Rod Rack
Terdapat 5 bahagian pada fishing rod rack dan hanya menggunakan 9 keping papan pallet untuk membentuk sebuah fishing rod rack yang lenkap.
Bahagian-bahagian fishing rod rack
1) A =  Papan pemegang  atas
2) B1 & B2 = Papan Sisi
3) C1 & C2 = Papan pemegang bawah
4) D1 & D2= Papan penghadang
5) E =  Papan tapak

Marking
Langkah pertama asingkan kayu-kayu pallet. Pilih kayu yang elok dan sesuai, sebab kebanyakan kayu pallet ni ialah kayu yang reject. Kalau elok dorang tak buat pallet, dah tentu dorang buat perabut atau barang-barang lain yang lebih beharga betul tak.

lepas tu tanda bahagian sambungan, bahagian untuk letak screw dan bahagian untuk buat potongan V. Potongan V ialah pada papan pemegang bawah dan papan pemegang  atas. 

Kalau tengok kat kedai-kedai pancing, kebiasaanya papan pemegang bawah dan papan pemegang  atas dipotong menjadi separuh bulat. Tetapi memandangkan aku tiada peralatan untuk membentuk/memotong separuh bulat, jadi aku buat bentuk V aje la.

Potongan V
Ini adalah papan pemegang  atas , aku membuat potongan V di kedua-dua bahagian, sebab rack aku buat ni boleh menempatkan joran dari dua bahagian iaitu depan dan belakang.
Papan Pemegang Atas dan Bawah
Ini lah papan pemegang atas dan papan pemegang bawah yang telah siap dipotong berbentuk V

Papan Tapak
Ini ialah bahagian tapak, bahagian ni untuk mengelakan rack dari tumbang apabila joran telah diletakkan.
Keseluruhan Papan Untuk Fishing Rod Rack
Ini lah keseluruhan bahagian bagi membuat Fishing Rod Rack. Kesemuanya terdiri dari 9 bahagian.Dua keping untuk bingkai tepi, dua keping Papan penghadang, dua keping untuk papan pemegang bawah, sekeping untuk papan pemegang atas dan dua keping lagi papan sebagai tapak rack.

Papan 45 darjah
Ini adalah bahagian yang penting, ianya terletak dibahagian tapak. Dua keping papan dipasang dalam kedudukan 45 darjah(Papan penghadang). Fungsinya adalah untuk menolak hulu jorang ke bahagian papan pemegang bawah supaya hulu joran sentiasa rapat dan berada dalam bahagian yang telah dipotong berbentuk V.

Bahagian Tapak
Seterusnya adalah memasang  papan pemegang bawah dengan papan penghadang yang telah dipasang pada kedudukan bersudut 45 darjah.

Pemasangan bingkai
Seterusnya ialah memasang papan pemegang atas dengan papan sisi..

Pemasangan bingkai dan Tapak
Seterusya ialah memasang bahagian bingkai(papan pemegang atas dan papan sisi) dengan papan pemegang bawah.

Fishing Rod Rack
Ok dah siap...
Fishing Rod Rack
Boleh la simpan set pancing dengan mudah. lepas ni nak pergi mancing terus ambil je, tak perlu susah-susah nak setup set sebab semuanya dah tersedia.
Port Memancing Di Taman Tema Wetland Putrajaya akan di update pada entry akan datang...










Trip 3/2015 Light Jigging Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ini adalah trip light jigging Port Dickson aku yang ke-3 bagi tahun 2015. Sebenarnya trip ni aku pergi pada bulan Mei, namun sekarang ni baru aku sempat nak entry dalam blog.

Seperti trip jigging Port Dickson kami yang lepas-lepas, kami akan berkumpul terlebih dahulu di Petronas Bangi (berdekatan dengan restoran Soho). Kami akan bertolah dan sampai ke Teluk Kemang lebih kurang jam 8.00 pagi. Sebaik sampai keadaan cuaca mendung dan hujan ditengah laut. Keadaan ini tidak sesuai untuk aktiviti memancing dan ditakuti akan berlakunya tiupan angin yang kuat dan akan menyebabkan alun yang tinggi serta merbahaya kepada pemancing.

Lebih kurang jam 10.00 pagi cuaca kembali cerah, mentari mula kelihatan di ufuk timur dan memberi sinar harapan kepada kami untuk memulakan aktiviti jigging. Setelah semua peralatan dimuatkan didalam boat tekong terus memecuk ke lubuk kapal karam. Kami menggunakan teknik vertical jigging namum keadaan agak hambar dimana tiada sebarang sambaran dari penghuni dasar.


Memandangkan tiada sebarang hasil tekong menukar lokasi, hampir tiga lokasi berbeza kami cuba namun tiada sebarang hasil. Kemudia tekong membawa kami ke satu lokasi yang agak jauh, tekong mengesyorkan kami menggunakan metal jig 40g-80g dan memasang 2 assist hook diatas dan 2 assist hook dibahagian bawah jig plate.

Hasilnya amat memeranjatkan, baru dua kali aku menurunkan jig terus disambar rakus penghuni dasar. Seekor merah berjaya aku tewaskan.

Seperti yang diketahui simerah akan makan dalam berkumpulan, kami semua menurunkan jig pada masa yang sama. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila tali mula bersilang antara satu sama lain. Sedang kami sibuk membetulkan tali yang bersilang, tekong mula menunjukkan kehebatannya, seekor merah berjaya beliau tewaskan.

Kemudian aku berjaya menewaskan seekor lagi merah dengan jig yang sama. Bergitu juga dengan ahli trip yang lain, dua ekor merah berjaya ditewaskan.

Aktiviti menjigging diteruskan lagi di lubuk yang sama, beberapa ekor talang juga berjaya ditewaskan, yang lepas pun banyak jugak. seekor ikan kaci berjaya aku tewaskan dikalangan simerah yang sedang rancak membaham jig.


Dalam perjalanan balik ke pangkalan kami singgah dibeberapa lubuk, hasilnya 4 ekor talang berjaya kami tewaskan.


Ini lah hasil keseluruhan trip kami, 5 ekor merah, 7 ekor talang, seekor gt dan seekor kaci berjaya kami perolehi.

Membina Fishing Rod Rack akan di update pada entry akan datang...




Land Based Casting Serendah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Baru-baru ni aku telah menerjah sebuah lombong di Serendah,  pada asalnya aku ingin mencari spesies snakehead. Tapi terjah punya terjah sekor snakehead pun aku tak nampak.

Tilapia on spoon
Aku terus menyusuri teping lombong  sampai  aku terjumpa kawasan yang jernih dan dasarnya dipenuhi dengan pasir. Kelihatan terdapat kawah-kawah kecil dibeberapa tempat diatas pasir tersebut serta kelihatan kelibat beberapa pasang ikan tilapia berhampiran kawah tersebut.

Bedasarkan pengalaman aku ikan tilapia tersebut sedang menjaga sarangnya dan biasanya pada masa ini ianya amat garang. Aku melontar gewang spoon dan menghalakan gewang tersebut melalui depan sarang tilapia tadi. Tilapia mengejar dan terus menyambar spoon dan bermulalah aksi tarik-menarik antara aku dan si talapia. Pertarungan  selama hampir 2 minit dan aku berjaya menewaskan tilapia tersebut.

Tilapia
Aku meneruskan lagi melontar spoon ke sarang tilapia yang lain, kali ini seekor tilapia merah menyambar spoon yang melintasi sarangnya. Aksinya sama hebat seperti tilapia hitam sebelum ni, hampir 2 minit bertarung aku berjaya menewaskan tilapia tersebut.

Keli
Setelah tiada sebarang sambaran dari tilapia, aku meneruskan menyusuri tebing lombong. Sampai di satu sudut aku ternampak saliran yang menyalurkan air keluar dari lombong. Aku menghampiri saliran tersebut dan ternampak beberapa ekor kelibat ikan keli. Disebabkan aku tidak pernah memancing keli dengan teknik casting, aku mencuba beberapa jenis gewang. Daripada pencil, popper, minnow  dan propeller frog namun masih tidak berjaya menarik perhatian keli tersebut.

Keli
Akhir sekali aku menggunakan gewang soft plastic berbentuk katak dan ianya memamg berhasil. Dua ekor keli berjaya aku tewaska dengan menggunakan gewang soft plastic ini.

Hasil casting
Ini lah hasil tangkapan aku. Dua ekor tilapia dan dua ekor keli berjaya aku tewaskan. Next time aku nak datang awal pagi sebab menurut seorang penduduk yang aku jumpa secara kebetulan sebelum aku balik mengatakan toman kerap boilling pada awal pagi di lombong ini. 
Trip 3/2015 Light Jigging Port Dickson akan di update pada entry akan datang...




Land based Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera...baru-baru ini aku outstations  di Pulau Pangkor. Selesai tugas disebelah petangnya aku mengambil kesempatan untuk memancing.
Land based  Pangkor
Aku memilih lokasi berbatu di pantai Teluk Nipah, aku menggunakan teknik jig cast, iaitu casting menggunakan metal jig bersaiz 12g dan kebawah.

Land based  Pangkor
Aku melontar jig ke arah batu dipesisir pantai dan hasilnya aku mendapat lesen pertama aku di Pulau Pangkor.

Metal jig 7g
Aku melakukan lontaran lagi dan tiba-tiba satu sambaran kuat berlaku, aku hanya sempat menahan larian siperagut jig dalam beberapa saat sahaja siperagut berjaya memutuskan satu daripada dua assist hook pada jig aku.

Candat Sotong
Kemudia tiada sebarang sambaran, aku menukar teknik daripada jig cast kepada teknik mencandat sotong. Hasilnya aku berjaya mencandat beberapa ekor sotong dan dijadikan menu makan malam aku pada hari tersebut.

Hasil bottom

Selepas makan malam, lebih kurang jam 9.30 malam aku menyambung semula aktiviti memancing. Aku menggunakan umpan ikan bilis yang aku apollo sebelum ni. Dan hasilnya aku berjaya memperolehi sekor ikan gerut-gerut, seekor ikan sembilang, 2 ekor ikan kerapu dan selebihnya ikan tetanda.

Walaupun aku hanya memancing dalam jangka masa yang singkat, namum hasilnya tidak menghampakan. Hanya dalam 3 jam aku berjaya mendapatkan 4 spesies ikan yang berbeza dan beberapa kali ragutan kasar penghuni dasar berjaya memutuskan tali utama.

Land Based Casting Serendah akan di update pada entry akan datang...
 



Land Based Casting Toman

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Dah lama tak strike toman, tangan pun dah teketar-ketar macam kena parkinson.Hujung minggu baru-baru ni aku telah menjelajah kembali ke salah satu tasik yang menjadi favorite aku untuk memburu toman.
Permukaan tasik yang beralun
Nasib aku kurang baik sebab aku sampai lewat , aku sampai dalam jam 2.00 petang dan angin sudah mula bertiup kuat.Ini menyukarkan aku untuk melihat toman bermain dipermukaan air disebabkan permukaan air yang beralun.

Toman bersaiz juvana

Disebabkan permukaan tasik yang beralun, maka aku menukar taktik dengan memburu toman di tebing tasik. Setelah 5 minit memerhati kawasan teratai dan berumput di tebing tasik, baru kelihatan toman-toman bersaiz juvana bermain diantara celah-celah teratai. Aku menggunakan gewang propeller frog. Gewang jenis ini memang sesuai untuk memikat toman-toman juvana.

CNR
Hanya beberapa kali lontaran, aku  berjaya menaikkan beberapa ekor toman saiz juvana. Catch and release diamalkan untuk mengekalkan populasi toman di tasik ini.

Toman 2 kg
Aku menukar gewang kepada jenis soft frog yang agak besar. Sasaran aku ialah untuk memikat toman bersaiz dewasa yang bersembunyi di bawah teratai.

Toman 2 kg
Taktik aku berjaya, setelah 20 minit melempar soft frog  aku berjaya menarik perhatian seekor toman .Satu sambaran kuat menyebabkan tali utama keluar tanpa henti, toman terus menjunan ke bawah teratai dan  menyebabkan tali utama berbelit dengan akar teratai.

Perasaan risau mula menghantui aku sebab agak sukar untuk menarik toman keluar daripada teratai. Kemungkinan tali utama putus adalah tinggi sekiranya berlaku kesilapan. Aku terpaksa menunggu sehingga toman betul-betul lemah dan kemungkinan peratusan tali tidak berbelit dengan teratai adalah tinggi, barulah aku menarik toman keluar dari bawah teratai. Akhirnya setelah 15 minit menunggu, aku berjaya menewaskan seekor toman seberat 2 kg.

Land Based Pulau Pangkor akan di update pada entry akan datang...




Trip Layaran Rompin

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Ikan layaran merupakan  ikan yang sering menjadi buruan kaki pancing di seluruh dunia. Ada sesetengah pemancing mengatakan sekiranya seseorang itu berjaya menewaskan ikan layaran, ini bermaksud pemancing tersebut telah mendapat lesen untuk memancing kategori lautan.

Layaran merupakan ikan terpantas di dunia, ikan ini mampu berenang sepantas 110km/jam. Jadi tidak mustahil sekiranya ikan ini meragut umpan ianya mampu menyebabkan kekili memuntahkan tali hampir 100-130 m. Ikan ini juga dikenali dengan aksi akrobatik setiap kali ingin melepaskan diri.

Pada Ogos baru-baru ini aku telah menyertai trip memburu layaran Rompin. Perjalanan dari Putrajaya ke Rompin melalu Muadzam Shah mengambil masa hampir 7 jam. Ini disebabkan kesesakan lalu-lintas terutama di Ulu Bendul dan Kuala Pilah akibat dari  orang ramai yang balik kampung kerana cuti umum semperna kemerdekaan negara kali ke-58.

Apollo
Sampai sahaja di Rompin kami terus check-in ke tempat penginapan. Selepas makan malam kami menyediakan kelegkapan untuk pemburuan layaran keesokannya. Apollo merupakan salah satu kelengkapan penting untuk mendapatkan umpan bagi memburu layaran. Kami harus mendapatkan ikan kembung, selar atau tamban sebagai umpan kepada layaran.
Hook yang digunakan
Ini antara mata kail yang kami guna. Circle hook menjadi pilihan sebab ikan layaran yang dipancing harus dilepaskan semula. Dengan menggunakan mata kail jenis Circle hook, peratusan ikan untuk cedera adalah rendah dan memastikan ikan tidak mati apabila di lepaskan.

Ahli trip
Ini lah ahli trip kami, dari kanan gambar Razis, Abg Hasim Yusof (Fisihing guide), Shamsul Osman Dan Azlan

Tekong
Ini pulak tekong, nama beliau ialah Mie.

Apollo umpan
Kami berlepas dari jeti lebih kurang jam 9.00 pagi, kami singgah di unjam untuk mencari ikan bagi dijadikan umpan kepada layaran.

Umpan
Ikan kembung, selar dan tamban antara ikan yang paling banyak kami perolehi dengan kaedah apollo.

First strike
Setelah mendapat umpan yang cukup, maka bermula sesi memburu layaran. Untuk memberi peluang sama rata bagi setiap ahli trip, kami telah membuat sistem giliran dan Lan menjadi pemancing pertama diikuti oleh Razis, aku serta Shamsul yang terakhir sekali. Setiap giliran kami hanya melepaskan 2 set pancing, satu set menggunakan belon dan satu set lagi menggunakan teknik drift.

Setelah hampir 5 minit melepaskan umpan Lan mendapat sentapan yang pertama, tali keluar tanpa henti dari spool. Pertarungan berlanjutan hampir 5 minit dan akhirnya si layaran berjaya melepaskan diri setelah melakukan beberapa kali aksi akrobatik.

Razis
Seterusnya ialah giliran Razis, Strike dalam masa 3 minit selepas umpan dilepaskan. Razis tidak memberi peluang kepada layaran untuk menjauhkan diri, mungkin beliau mendapat pengalaman hasil dari pemerhatian semasa Lan mendapat strike sebentar tadi.
Razis first strike
Setelah hampir 15 minit bertarung akhirnya razis berjaya menewakan layaran Rompin, Jadi beliau merupakan orang pertama dalam group kami yang mendapat lesen layaran pada trip kali ini.

Shamsul
Shamsul
Seterusnya giliran Shamsul pula, beliau dengan tenang mengawal asakan layaran, akhirnya beliau berjaya menewaskan layaran tersebut dalam jangka masa hampir 13 minit.

Strike dasar
Seterusnya giliran aku, layaran makan di dasar dan menyebabkan tali keluar terlalu jauh. Untuk mengelakkan tali habis,  tekong telah menggerakkan bot untuk memudahkan aku mengawal larian si layaran. Setelah hampir 5 minit akhirnya aku tewas, layaran berjaya melepaskan diri setelah melakukan beberapa kali aksi akrobatik.
Razis lesen ke-2
Setelah Lan kempunan menaikkan layaran untuk giliran kedua, tiba giliran Razis semula
Razis lesen ke-2
Seperti strike yang pertama Razis lansung tidak memberi peluang kepada layaran untuk jauh dari bot, akhirnya Razis berjaya menewaskan layaran buat kali ke-2.

 Second strike
Seterusnya giliran aku pula, setelah melihat aksi Shamsul dan Razis yang berjaya menewaskan layaran dengan setiap strike yang mereka perolehi. Aku meniru aksi mereka, layaran tidak diberi peluang untuk melarikan diri jauh dari bot dan pada masa yang sama aku sentiasa memberi tegangan pada tali dan mengawal rintangan spool supaya selaras dengan pecutan layaran.

Lesen layaran
Akhirnya setelah hampir 17 minit bertarung, aku berjaya menewaskan layaran dan secara tidak lansung aku telah memperolehi lesen layaran..hee..ee


Lan strike
Setelah melihat kami semua berjaya mendapat lesen layaran, Lan kelihatan hampa disebabkan masa sudah semakin suntuk sedangkan beliau masih belum berjaya menewaskan walau seekor layaran pun. Kami menukar teknik bottom dan berumpankan potongan ikan kembun. Sasaran kali ini ialah ikan kerisi, jenahak, kerapu dan beberapa lagi spesies ikan dasar.

Pada masa yang sama sebatang joran kami set untuk tenggiri.  Set tersebut menggunakan teknik drift dan kembung hidup menjadi umpannya.

Lan lesen layaran
Sedang kami sibuk melayan kerenah kerisi yang memakan umpan, tiba-tiba seekor layaran melompat berhampiran bot dan diikuti dengan kekili dari set untuk memancing tenggiri memuntahkan tali tanpa henti. Lan yang duduk berhampiran joran tersebut terus memainkan peranan beliau. Larian layaran dihadapi dengan penuh berhati-hari disebabkan sebelum ini beliau sudah 2 kali terlepas layaran semasa bertarung.

Setelah hampir 20 minit akhirnya Lan berjaya menewaskan layaran tersebut dan menjadi lesen pertama beliau bagi spesies layaran.
Tangkap dan lepas
Kesemua layaran yang kami perolehi dilepaskan semula, kami sempat juga menimba ilmu bagaimana cara untuk melepaskan layaran daripada tekong Mie.

Kembali semula ke jeti
Lebih  kurang jam 3.30 petang keadaan laut semakin bergelora, awan mendung telah menyelubungi langit di perairan Rompin. Kami telah sebulat suara untuk kembali ke jeti memandangkan keadaan laut yang semakin merbahaya.

Secara keseluruhanya aku amat berpuas hati dengan trip kali ini, semua ahli trip baerjaya mendapatkan lesen layaran. 13 atau 12 kali strike yang kami perolehi dan 5 darinya kami berjaya menewaskan si layaran Rompin.

Land Based Casting Toman akan di update pada entry akan datang...