Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Casting di Wetland Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, pelbagai aktiviti sama ada diperingkat kebangsaan atau antarabangsa sering dianjurkan di Putrajaya. Bagi kaki pancing "sirkit pancing putrajaya" merupakan satu karnival yang amat dinanti-nantikan. Tetapi karnival seperti itu hanya dianjurkan empat kali sahaja dalam satu tahun dan dianjurkan pada tempat yang berlainan disepanjang tasik Putrajaya pada setiap siri.

Bagi pemancing seperti aku, ada satu lagi tempat memancing yang boleh dikunjungi sepanjang tahun, tempat yang aku maksudkan ialah "Tasik Wetland Putrajaya". Dengan premit memancing RM 20/joran untuk satu hari dan bayaran sewa bot fiber beserta thruster RM 20/4jam atau RM 40/day. Bagi peminat casting, bot fiber adalah pilihan yang paling sesuai untuk memburu Toman, Sebarau, Belida, Baung dan beberapa lagi spesies ikan yang boleh dipancing dengan teknik casting.

Tasik Wetland Putrajaya


Hujan di Tasik Wetland Putrajaya
Aku sampai di Wetland lebih kurang jam 7.00 Pagi, 30 minit selepas itu hujan turun membasahi bumi. 1 jam 30 minit telah berlalu hujan masih belum berhenti namun aku tetap menunggu mengharapkan hujan akan berhenti sebab kebiasaannya selepas hujan ikan akan banyak bermain dipermukaan tasik.

Baby toman dan Rapala Fat Rap
Lebih kuran jam 9.30 pagi barulah hujan berhenti, suasana tasik cukup tenang dan dari jeti lagi aku dah nampak satu kumpul anak toman dipermukaan tasik. Tanpa melengahkan masa aku terus ambil bot fiber dan menuju ke arah kumpulan anak toman tersebut. 

Aku memerhatikan dahulu saiz kumpulan dan saiz anak toman didalam kumpulan tersebut. Kelihatan anak toman masih kecil dan ini meningkatkan lagi potensi untuk aku memburu induk toman(Lagi kecil anak toman tersebut lagi dekat  induk dengan anaknya dan lagi agresif induk tersebut). Lontaran pertama gewang sekadar mengena anak toman.

Triple Hook yang terkangkang
Aku terus mengikut kumpulan tersebut, selang beberapa minit barulah kelihatan induk toman mengambil nafas. Aku tunggu sehingga induk toman menyelam dan melempar gewang ke arak induk tersebut. Tiba-tiba satu sentapan rakus menyebabkan tali utama keluar laju dari spool. Selang dua minit kemudian tali utama terasa kendur, selepas dikarau didapati mata kail pada gewang aku telah terkangkang dan induk telah berjaya melepaskan diri.


Empangan  tasik Wetland
Bedasarkan pengalaman aku kebiasannya  induk toman yang telah terkena mata kail tidak akan menyambar gewang buat kali kedua. Walaubagaimanapun peluang masih ada sebab induk toman akan menjaga anaknya secara berpasangan (Pasangan induk yang belum terkena mata kail masih berpotensi untuk menyambar gewang namun peratusan untuk ia menyambar gewang agak rendah sebab dah terjadi kekecohan sebelumnya).

Seterusnya aku pergi kearah empangan dihujung tasik.Kelihatan kelibat beberapa ekor toman sedang mengambil nafas berhampiran dengan tebing tasik.
Toman yang berjaya ditawan dengan Ofmer Popper
Aku menggunakan gewang popper, lontaran pertama tidak berjaya menarik perhatian toman. Aku menunggu sehingga toman timbul untuk bernafas sekali lagi dan terus melontar gewang kearanya, satu sambaran terjadi dan akhirnya seekor toman saiz remaja berjaya aku tewaskan.

Toman yang berjaya ditawan dengan Duel Silver Dog 90
Setelah beberapa kali lontaran popper tidak berhasil, aku menukar gewang jenis pencil. Dua kali lontaran terus berjaya memikat seekor toman bersaiz remaja.

Toman yang berjaya ditawan dengan Propeller Frog
Seterusnya aku menggunakan gewang jenis propeller frog, aku melontar gewang berhampiran dengan tebing dan seekor lagi toman berjaya aku tewaskan.

Toman Wetland
Tiga ekor toman berjaya aku perolehi dengan tiga jenis gewang yang berlainan.

Hanya sisik yang ditinggalkan
Matahari sudah semakin panas, aku mengambil keputusan untuk berteduh berhampiran dengan pulau ditengah-tengah tasik Wetland. Sambil berteduh aku membuat lontaran menggunakan gewang jenis spoon, tiba-tiba satu sentapan rakus menyebabkan tali utama meluncur laju keluar dari spool. Aku sekadar menahan pecutan siperagut gewang dan tiba-tiba tali menjadi kendur. Setelah dikarau hanya sisik saja yang melekat pada mata gewang.


Rapala Tail Dancer
Dalam perjalanan untuk aku menghantar bot fibe ke jeti, aku menggunakan teknik trolling, hasilnya satu ragutan menyebabkan tali utama meluncur laju keluar dari spool. Siperagut gewang melarikan diri kearah titi ditebing tasik. Aku mengetatkan spool untuk mengelakan tali bergesel dengan tiang titi dan akibatnya gewang aku patah kerana tidak tahan dengan larian siperagut.

Secara keseluruhannya aku amat berpuashati dengan trip casting kali ini, 3 ekor toman bersaiz remaja berjaya aku tumpaskan, seekor induk toman berjaya melepaskan diri, seekor ikan yang tidak diketahui spesisnya berjaya melepaskan diri selepas meninggalkan sisiknya dimata spoon. Seekor lagi pemangsa yang tidak dapat dipastikan spesies  juga berjaya melepaskan diri dengan mematahkan gewang aku.

Trip 1/2015 Light Jigging Port Dickson akan di update pada entry akan datang..
















No comments:

Post a Comment

Post a Comment