Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip 2/2015 Light Jigging Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Disebabkan  hasil yang agak kurang memuaskan pada trip bottom sebelum ni. Aku repeat lagi sekali ke Port Dickson. Kali ni aku komplot dengan kaki pancing Jabatan Meteorologi Malaysia. 

Trip kali ini diserti oleh Fadzley, Prince, Antoi dan aku sebagai ketua trip. Kami memilih untuk menggunakan teknik light jigging dan jig cast.

Lesen trip 2/2015
Aku merupakan orang pertama yang strike. Seekor talang telah menyambar gewang storm chug bug dan membuat aksi  akrobatik di udara.

Fadzley dan Talang trip 2/2015
Fadzley juga mendapat lesen seekor talang, beliau menggunakan teknik jig cast dengan jig 12g berwarna hijau.
Aksi Prince melayan asakan Talang Port Dickson
Didalam kekecohan talang yang boiling dipermukaan air, Prince telah menggunakan teknik vertical jig dan mendapat  seekor talang sebagai lesen jigging beliau di perairan Port Dickson.
Talang yang tumpas dengan teknik vertical jig
Aku juga tidak ketinggalan mencuba teknik vertical jig. Hasilnya seekor lagi talang berjaya aku tumpaskan.
Tekong Apex vs Aruan Tasik
Sedang kami sibuk menlayan kerenah si talang, tiba-tiba terdengar kekili Tekong Apex menjerit kuat, rod ultralight melentur hingga hujung joran menyentuh permukaan air. Kami semua berhenti dari melakukan aktiviti jigging dan memberi laluan kepada Apex untuk beraksi.

Antoi vs Aruan Tasik
15 minit melayan aksi siperagut jig Apex mula kepenatan, beliau menyerahkan rod beliau kepada Antoi. Aksi pertarungan terus berganti-ganti antara Apex, Antoi dan Perince.
Antoi & Prince bersama Aruan Tasik Port Dickson
Setelah hampir 1 jam akhirnya siperagut jig berjaya ditumpaskan, seekor aruan tasik menjadi tangkapan terbesar kami hari tersebut.
Aruan Tasik Port Dickson16 kg
Setelah ditimbang didapati aruan tasik tersebut seberat 16 kg.

Talang  4.2 kg
Ini adalah tangkapan kedua terbesar pada trip kali ini, seekor talang seberat  4.2kg dan yang paling manisnya talang tersebut tumpas ditangan aku.
Trip 2/2015 Light Jigging Port Dickson

Trip 2/2015 Light Jigging Port Dickson
Hasil keseluruhan trip kali ini, beberapa ekor lagi talang lucut semasa dalam pertarungan..

Trip Pulau Jarak akan di update pada entry akan datang...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan