Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip Bottom Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Setelah beberapa kali  mengikuti trip Jigging Port Dickson, kali ini aku nak cuba pulak trip bottom di Port Dickson.

Ahli trip
Trip kali ini disertai oleh empat orang ahli iaitu di bahagian depan bot Fadzley(baju hitam) sebelah beliau ialah Zamree(Baju Merah)aku dibelakang Zamree dan disebelah aku ialah Zul. Trip kali ini diketuai oleh Fadzley.

Tekong Pak Dollah
Ini ialah tekong, beliau lebih mersa dengan panggilan Pak Dollah.

Kaci Port Dickson
Dua ekor kaci berjaya aku tewaskan diawal pagi..

Zul
Setelah melihat aku berjaya menewaskan kaci, kawan-kawan yang lain mula bersemangat untuk memancing.

Zamree
Zamree yang sebelum ini lena diulik angin pagi mula terjaga disebabkan kekecohan aku semasa menewaskan kaci.
Fadzley
Fadzley mengunakan koyan keramatnya, mana lah tahu boleh strike jenahak pulak katanya...

Bantal Emas Port Dickson
Akhirnya tekong yang strike jenahak, Fadzley dan Zamree mangambil kesempatan untuk bergambar bersama jenahak Port Dickson.

Hasil trip bottom  Port Dickson
Ini lah hasil keseluruhan  trip bottom kami di Port Dickson, hasilnya kurang memuaskan namun kami tetap bersyukur kehadrat Allah SWT kerana tetap memberi rezeki kepada kami untuk dinikmati bersama keluarga..Alhamdulillah..

Trip 2/2015 Light Jigging Port Dickson akan di update pada entry akan datang...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan