Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Casting di Wetland Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Setelah puas dilambung ombak di perairan Port Dickson dan Pulau Jarak, kali in aku casting di Wetland Putrajaya. Aku datang seawal jam 8.00 pagi dan sarapan terlebih dahulu di cafe berhampiran.

Baby toman
Sementara menunggu kaunter untuk menyewa fiber dibuka sempat lagi aku land base, hasilnya beberapa ekor baby toman berjaya aku perolehi, manakala ibunya masih sombong. Tak pa, ko tunggu aku dapat fiber kejap lagi, memang aku follow ko sampai lebam.
Baby toman
Seperti yang aku cakap sebelum ni, sebaik sahaja aku dapat fiber jam 9.00 am terus aku cari balik kumpulan toman tadi.
Baby toman
Daripada gewang ofmer shady 75F aku tukar ke gewang rapala fat rap fr-7 namun mama toman masih sombong dan sekadar boiling berhampiran anak-anaknya.

Jigging baby toman
Aku tukar fat rap kepada buzzbait, namum aku masih dapat strike baby toman, macam-macam gewang aku dah guna namun mama masih tidak tetarik dengan gewang yang aku gunakan.Seterusnya aku guna micro jig, nak tengok toman ni boleh tak diperdaya dengan teknik jigging. Rupa-rupanya micro jig pun dia bedal jugak..tak sangka mungkin aku orang pertama jigging toman kat dunia ni..haa..aa

Belida
Setelah aku pasti memang mama toman tidak akan terpedaya dengan gewang , maka aku pun meninggalkan kumpulan toman tersebut dan pergi ke beberapa lubuk di Wetland. Tempat pertama yang aku pergi ialah kawasan kolong, namun tiada sebarang hasil dikawasan tersebut. Kemudian aku berpindah ke kawasan pulau dan seterusnya ke kawasan empangan di hujung tasik.

Dalam perjalanan ke empangan dihujung tasik aku telah membuat beberapa blind cast dan tiba-tiba aku terasa sentapan yang kuat pada gewang aku.  Aku membalas dengan satu sentapan dan tali pada spool aku keluar dengan laju. Selang beberapa saat kelihatan seekor ikan yang panjang dan nipis melakukan aksi akrobatik diudara dan aku tahu itu ialah aksi si belida. Lebih kurang tiga minit bertarung akhirnya aku berjaya menewaskan belida tersebut. Aku pun tak jadi nak pergi ke empangan sebab nak terus balik untuk bela belida kat dalam akuarium dirumah aku.

Peacock Bass tasik Prima, Puchong akan di update pada entry akan datang...





1 ulasan: