Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip Layaran Rompin

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Ikan layaran merupakan  ikan yang sering menjadi buruan kaki pancing di seluruh dunia. Ada sesetengah pemancing mengatakan sekiranya seseorang itu berjaya menewaskan ikan layaran, ini bermaksud pemancing tersebut telah mendapat lesen untuk memancing kategori lautan.

Layaran merupakan ikan terpantas di dunia, ikan ini mampu berenang sepantas 110km/jam. Jadi tidak mustahil sekiranya ikan ini meragut umpan ianya mampu menyebabkan kekili memuntahkan tali hampir 100-130 m. Ikan ini juga dikenali dengan aksi akrobatik setiap kali ingin melepaskan diri.

Pada Ogos baru-baru ini aku telah menyertai trip memburu layaran Rompin. Perjalanan dari Putrajaya ke Rompin melalu Muadzam Shah mengambil masa hampir 7 jam. Ini disebabkan kesesakan lalu-lintas terutama di Ulu Bendul dan Kuala Pilah akibat dari  orang ramai yang balik kampung kerana cuti umum semperna kemerdekaan negara kali ke-58.

Apollo
Sampai sahaja di Rompin kami terus check-in ke tempat penginapan. Selepas makan malam kami menyediakan kelegkapan untuk pemburuan layaran keesokannya. Apollo merupakan salah satu kelengkapan penting untuk mendapatkan umpan bagi memburu layaran. Kami harus mendapatkan ikan kembung, selar atau tamban sebagai umpan kepada layaran.
Hook yang digunakan
Ini antara mata kail yang kami guna. Circle hook menjadi pilihan sebab ikan layaran yang dipancing harus dilepaskan semula. Dengan menggunakan mata kail jenis Circle hook, peratusan ikan untuk cedera adalah rendah dan memastikan ikan tidak mati apabila di lepaskan.

Ahli trip
Ini lah ahli trip kami, dari kanan gambar Razis, Abg Hasim Yusof (Fisihing guide), Shamsul Osman Dan Azlan

Tekong
Ini pulak tekong, nama beliau ialah Mie.

Apollo umpan
Kami berlepas dari jeti lebih kurang jam 9.00 pagi, kami singgah di unjam untuk mencari ikan bagi dijadikan umpan kepada layaran.

Umpan
Ikan kembung, selar dan tamban antara ikan yang paling banyak kami perolehi dengan kaedah apollo.

First strike
Setelah mendapat umpan yang cukup, maka bermula sesi memburu layaran. Untuk memberi peluang sama rata bagi setiap ahli trip, kami telah membuat sistem giliran dan Lan menjadi pemancing pertama diikuti oleh Razis, aku serta Shamsul yang terakhir sekali. Setiap giliran kami hanya melepaskan 2 set pancing, satu set menggunakan belon dan satu set lagi menggunakan teknik drift.

Setelah hampir 5 minit melepaskan umpan Lan mendapat sentapan yang pertama, tali keluar tanpa henti dari spool. Pertarungan berlanjutan hampir 5 minit dan akhirnya si layaran berjaya melepaskan diri setelah melakukan beberapa kali aksi akrobatik.

Razis
Seterusnya ialah giliran Razis, Strike dalam masa 3 minit selepas umpan dilepaskan. Razis tidak memberi peluang kepada layaran untuk menjauhkan diri, mungkin beliau mendapat pengalaman hasil dari pemerhatian semasa Lan mendapat strike sebentar tadi.
Razis first strike
Setelah hampir 15 minit bertarung akhirnya razis berjaya menewakan layaran Rompin, Jadi beliau merupakan orang pertama dalam group kami yang mendapat lesen layaran pada trip kali ini.

Shamsul
Shamsul
Seterusnya giliran Shamsul pula, beliau dengan tenang mengawal asakan layaran, akhirnya beliau berjaya menewaskan layaran tersebut dalam jangka masa hampir 13 minit.

Strike dasar
Seterusnya giliran aku, layaran makan di dasar dan menyebabkan tali keluar terlalu jauh. Untuk mengelakkan tali habis,  tekong telah menggerakkan bot untuk memudahkan aku mengawal larian si layaran. Setelah hampir 5 minit akhirnya aku tewas, layaran berjaya melepaskan diri setelah melakukan beberapa kali aksi akrobatik.
Razis lesen ke-2
Setelah Lan kempunan menaikkan layaran untuk giliran kedua, tiba giliran Razis semula
Razis lesen ke-2
Seperti strike yang pertama Razis lansung tidak memberi peluang kepada layaran untuk jauh dari bot, akhirnya Razis berjaya menewaskan layaran buat kali ke-2.

 Second strike
Seterusnya giliran aku pula, setelah melihat aksi Shamsul dan Razis yang berjaya menewaskan layaran dengan setiap strike yang mereka perolehi. Aku meniru aksi mereka, layaran tidak diberi peluang untuk melarikan diri jauh dari bot dan pada masa yang sama aku sentiasa memberi tegangan pada tali dan mengawal rintangan spool supaya selaras dengan pecutan layaran.

Lesen layaran
Akhirnya setelah hampir 17 minit bertarung, aku berjaya menewaskan layaran dan secara tidak lansung aku telah memperolehi lesen layaran..hee..ee


Lan strike
Setelah melihat kami semua berjaya mendapat lesen layaran, Lan kelihatan hampa disebabkan masa sudah semakin suntuk sedangkan beliau masih belum berjaya menewaskan walau seekor layaran pun. Kami menukar teknik bottom dan berumpankan potongan ikan kembun. Sasaran kali ini ialah ikan kerisi, jenahak, kerapu dan beberapa lagi spesies ikan dasar.

Pada masa yang sama sebatang joran kami set untuk tenggiri.  Set tersebut menggunakan teknik drift dan kembung hidup menjadi umpannya.

Lan lesen layaran
Sedang kami sibuk melayan kerenah kerisi yang memakan umpan, tiba-tiba seekor layaran melompat berhampiran bot dan diikuti dengan kekili dari set untuk memancing tenggiri memuntahkan tali tanpa henti. Lan yang duduk berhampiran joran tersebut terus memainkan peranan beliau. Larian layaran dihadapi dengan penuh berhati-hari disebabkan sebelum ini beliau sudah 2 kali terlepas layaran semasa bertarung.

Setelah hampir 20 minit akhirnya Lan berjaya menewaskan layaran tersebut dan menjadi lesen pertama beliau bagi spesies layaran.
Tangkap dan lepas
Kesemua layaran yang kami perolehi dilepaskan semula, kami sempat juga menimba ilmu bagaimana cara untuk melepaskan layaran daripada tekong Mie.

Kembali semula ke jeti
Lebih  kurang jam 3.30 petang keadaan laut semakin bergelora, awan mendung telah menyelubungi langit di perairan Rompin. Kami telah sebulat suara untuk kembali ke jeti memandangkan keadaan laut yang semakin merbahaya.

Secara keseluruhanya aku amat berpuas hati dengan trip kali ini, semua ahli trip baerjaya mendapatkan lesen layaran. 13 atau 12 kali strike yang kami perolehi dan 5 darinya kami berjaya menewaskan si layaran Rompin.

Land Based Casting Toman akan di update pada entry akan datang...




















3 comments:

  1. Replies
    1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
      KLIK=>>> DANA GAIB

      Delete
    2. Tq Abg Hashim Yusof dan ahli2 trip yang lain. Ini pun atas tunjuk ajar dari Abg Hashim Yusof dan kerja sama ahli2 trip serta dengan izin Allah S.W.T

      Delete