Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Land based Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera...baru-baru ini aku outstations  di Pulau Pangkor. Selesai tugas disebelah petangnya aku mengambil kesempatan untuk memancing.
Land based  Pangkor
Aku memilih lokasi berbatu di pantai Teluk Nipah, aku menggunakan teknik jig cast, iaitu casting menggunakan metal jig bersaiz 12g dan kebawah.

Land based  Pangkor
Aku melontar jig ke arah batu dipesisir pantai dan hasilnya aku mendapat lesen pertama aku di Pulau Pangkor.

Metal jig 7g
Aku melakukan lontaran lagi dan tiba-tiba satu sambaran kuat berlaku, aku hanya sempat menahan larian siperagut jig dalam beberapa saat sahaja siperagut berjaya memutuskan satu daripada dua assist hook pada jig aku.

Candat Sotong
Kemudia tiada sebarang sambaran, aku menukar teknik daripada jig cast kepada teknik mencandat sotong. Hasilnya aku berjaya mencandat beberapa ekor sotong dan dijadikan menu makan malam aku pada hari tersebut.

Hasil bottom

Selepas makan malam, lebih kurang jam 9.30 malam aku menyambung semula aktiviti memancing. Aku menggunakan umpan ikan bilis yang aku apollo sebelum ni. Dan hasilnya aku berjaya memperolehi sekor ikan gerut-gerut, seekor ikan sembilang, 2 ekor ikan kerapu dan selebihnya ikan tetanda.

Walaupun aku hanya memancing dalam jangka masa yang singkat, namum hasilnya tidak menghampakan. Hanya dalam 3 jam aku berjaya mendapatkan 4 spesies ikan yang berbeza dan beberapa kali ragutan kasar penghuni dasar berjaya memutuskan tali utama.

Land Based Casting Serendah akan di update pada entry akan datang...
 



Land Based Casting Toman

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Dah lama tak strike toman, tangan pun dah teketar-ketar macam kena parkinson.Hujung minggu baru-baru ni aku telah menjelajah kembali ke salah satu tasik yang menjadi favorite aku untuk memburu toman.
Permukaan tasik yang beralun
Nasib aku kurang baik sebab aku sampai lewat , aku sampai dalam jam 2.00 petang dan angin sudah mula bertiup kuat.Ini menyukarkan aku untuk melihat toman bermain dipermukaan air disebabkan permukaan air yang beralun.

Toman bersaiz juvana

Disebabkan permukaan tasik yang beralun, maka aku menukar taktik dengan memburu toman di tebing tasik. Setelah 5 minit memerhati kawasan teratai dan berumput di tebing tasik, baru kelihatan toman-toman bersaiz juvana bermain diantara celah-celah teratai. Aku menggunakan gewang propeller frog. Gewang jenis ini memang sesuai untuk memikat toman-toman juvana.

CNR
Hanya beberapa kali lontaran, aku  berjaya menaikkan beberapa ekor toman saiz juvana. Catch and release diamalkan untuk mengekalkan populasi toman di tasik ini.

Toman 2 kg
Aku menukar gewang kepada jenis soft frog yang agak besar. Sasaran aku ialah untuk memikat toman bersaiz dewasa yang bersembunyi di bawah teratai.

Toman 2 kg
Taktik aku berjaya, setelah 20 minit melempar soft frog  aku berjaya menarik perhatian seekor toman .Satu sambaran kuat menyebabkan tali utama keluar tanpa henti, toman terus menjunan ke bawah teratai dan  menyebabkan tali utama berbelit dengan akar teratai.

Perasaan risau mula menghantui aku sebab agak sukar untuk menarik toman keluar daripada teratai. Kemungkinan tali utama putus adalah tinggi sekiranya berlaku kesilapan. Aku terpaksa menunggu sehingga toman betul-betul lemah dan kemungkinan peratusan tali tidak berbelit dengan teratai adalah tinggi, barulah aku menarik toman keluar dari bawah teratai. Akhirnya setelah 15 minit menunggu, aku berjaya menewaskan seekor toman seberat 2 kg.

Land Based Pulau Pangkor akan di update pada entry akan datang...