Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip 3/2015 Light Jigging Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ini adalah trip light jigging Port Dickson aku yang ke-3 bagi tahun 2015. Sebenarnya trip ni aku pergi pada bulan Mei, namun sekarang ni baru aku sempat nak entry dalam blog.

Seperti trip jigging Port Dickson kami yang lepas-lepas, kami akan berkumpul terlebih dahulu di Petronas Bangi (berdekatan dengan restoran Soho). Kami akan bertolah dan sampai ke Teluk Kemang lebih kurang jam 8.00 pagi. Sebaik sampai keadaan cuaca mendung dan hujan ditengah laut. Keadaan ini tidak sesuai untuk aktiviti memancing dan ditakuti akan berlakunya tiupan angin yang kuat dan akan menyebabkan alun yang tinggi serta merbahaya kepada pemancing.

Lebih kurang jam 10.00 pagi cuaca kembali cerah, mentari mula kelihatan di ufuk timur dan memberi sinar harapan kepada kami untuk memulakan aktiviti jigging. Setelah semua peralatan dimuatkan didalam boat tekong terus memecuk ke lubuk kapal karam. Kami menggunakan teknik vertical jigging namum keadaan agak hambar dimana tiada sebarang sambaran dari penghuni dasar.


Memandangkan tiada sebarang hasil tekong menukar lokasi, hampir tiga lokasi berbeza kami cuba namun tiada sebarang hasil. Kemudia tekong membawa kami ke satu lokasi yang agak jauh, tekong mengesyorkan kami menggunakan metal jig 40g-80g dan memasang 2 assist hook diatas dan 2 assist hook dibahagian bawah jig plate.

Hasilnya amat memeranjatkan, baru dua kali aku menurunkan jig terus disambar rakus penghuni dasar. Seekor merah berjaya aku tewaskan.

Seperti yang diketahui simerah akan makan dalam berkumpulan, kami semua menurunkan jig pada masa yang sama. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila tali mula bersilang antara satu sama lain. Sedang kami sibuk membetulkan tali yang bersilang, tekong mula menunjukkan kehebatannya, seekor merah berjaya beliau tewaskan.

Kemudian aku berjaya menewaskan seekor lagi merah dengan jig yang sama. Bergitu juga dengan ahli trip yang lain, dua ekor merah berjaya ditewaskan.

Aktiviti menjigging diteruskan lagi di lubuk yang sama, beberapa ekor talang juga berjaya ditewaskan, yang lepas pun banyak jugak. seekor ikan kaci berjaya aku tewaskan dikalangan simerah yang sedang rancak membaham jig.


Dalam perjalanan balik ke pangkalan kami singgah dibeberapa lubuk, hasilnya 4 ekor talang berjaya kami tewaskan.


Ini lah hasil keseluruhan trip kami, 5 ekor merah, 7 ekor talang, seekor gt dan seekor kaci berjaya kami perolehi.

Membina Fishing Rod Rack akan di update pada entry akan datang...




Land Based Casting Serendah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Baru-baru ni aku telah menerjah sebuah lombong di Serendah,  pada asalnya aku ingin mencari spesies snakehead. Tapi terjah punya terjah sekor snakehead pun aku tak nampak.

Tilapia on spoon
Aku terus menyusuri teping lombong  sampai  aku terjumpa kawasan yang jernih dan dasarnya dipenuhi dengan pasir. Kelihatan terdapat kawah-kawah kecil dibeberapa tempat diatas pasir tersebut serta kelihatan kelibat beberapa pasang ikan tilapia berhampiran kawah tersebut.

Bedasarkan pengalaman aku ikan tilapia tersebut sedang menjaga sarangnya dan biasanya pada masa ini ianya amat garang. Aku melontar gewang spoon dan menghalakan gewang tersebut melalui depan sarang tilapia tadi. Tilapia mengejar dan terus menyambar spoon dan bermulalah aksi tarik-menarik antara aku dan si talapia. Pertarungan  selama hampir 2 minit dan aku berjaya menewaskan tilapia tersebut.

Tilapia
Aku meneruskan lagi melontar spoon ke sarang tilapia yang lain, kali ini seekor tilapia merah menyambar spoon yang melintasi sarangnya. Aksinya sama hebat seperti tilapia hitam sebelum ni, hampir 2 minit bertarung aku berjaya menewaskan tilapia tersebut.

Keli
Setelah tiada sebarang sambaran dari tilapia, aku meneruskan menyusuri tebing lombong. Sampai di satu sudut aku ternampak saliran yang menyalurkan air keluar dari lombong. Aku menghampiri saliran tersebut dan ternampak beberapa ekor kelibat ikan keli. Disebabkan aku tidak pernah memancing keli dengan teknik casting, aku mencuba beberapa jenis gewang. Daripada pencil, popper, minnow  dan propeller frog namun masih tidak berjaya menarik perhatian keli tersebut.

Keli
Akhir sekali aku menggunakan gewang soft plastic berbentuk katak dan ianya memamg berhasil. Dua ekor keli berjaya aku tewaska dengan menggunakan gewang soft plastic ini.

Hasil casting
Ini lah hasil tangkapan aku. Dua ekor tilapia dan dua ekor keli berjaya aku tewaskan. Next time aku nak datang awal pagi sebab menurut seorang penduduk yang aku jumpa secara kebetulan sebelum aku balik mengatakan toman kerap boilling pada awal pagi di lombong ini. 
Trip 3/2015 Light Jigging Port Dickson akan di update pada entry akan datang...