Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip Janakuasa Jimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera... loji janakuasa Jimah yang terletak di Lukut merupakan salah satu port memancing yang sering disebut oleh kaki-kaki pancing disebelah pantai barat terutamannya di Selangor dan Negeri Sembilan. Lan (ketua trip) yang selalu menduga lubuk sekitar Jimah mempelawa aku untuk menyertai trip beliau. Aku yang tidak pernah menduga lubuk Jimah tidak mungkin akan menolak pelawaan seperti itu.
Loji Janakuasa Jimah
Kami menyewa 2 boat di jeti berhampiran dengan muara sungai Sepang Besar. Satu boat 26' dengan enjin 60 hp dan satu lagi boat 24' dengan enjin 40 hp. Kedua-dua boat dibawa sendiri oleh tekong dikalangan ahli trip.
Asuan (Penarik sauh)
Boat kami terdiri dari tiga orang ahli, yang pertama ialah Asuan, beliau duduk dibahagian depan boat jadi tugas beliau ialah menjaga sauh..


Lan (Tekong)
Disebabkan Lan adalah ahli yang paling berpengalam dikalangan kami, maka beliau diberi tugas untuk menjadi tekong.

Aku (Bos haa..haa)
Dan ahli yang terakhir adalah aku, aku duduk kat tengah dan tak buat apa-apa, aku jadi bos, tugas aku sekadar mengarahkan dorang berdua..hee..ee

Ahli Boat ke dua Arul, Ijal, Amir dan Gendut(Tekong)
Ini boat yang kedua, boat ni terdiri daripada 4 ahli. Yang depan sekali ialah Arul kemudian Ijal, Amir dan tekong ialah Gandut. Mereka berempat berasal dari kampung yang sama di Sungai Besar, Selangor, jadi mereka ni dah biasa lah komplot sama-sama.

Antara lubuk yang diterjah


Lubuk pertama sekali yang kami pergi ialah lubuk untuk appolo, tujuannya ialah untuk mencari umpan untuk memancing ikan spesies dasar. Banyak juga ikan tamban, selar dan kembung yang kami perolehi.

Dibawah Loji Janakuasa Jimah

Seterusnya kami berpindah dari satu lubuk ke satu lubuk di sekitar jimah..

Antara lubuk yang diterjah
Antara lubuk yang kami singgah, hasinya beberapa ekor  "kerapu keling" diperolehi di lubuk ini.

Lesen di Jimah
Memandangkan hanya ikan yang kecil sahaja sudi memakan umpan, aku menukar teknik lain. Aku menggunakan perambut yang panjang hampit 2 depa dan menggunakan umpan ikan selar yang telah dikerat dua. Hasilnya seekor jenahak berjaya aku perolehi.

Dilanda ribut
Lebih kurang jan 3.00 petang keadaan cuaca mula berubah, angin mula bertiup kencang dan permukaan laut mula beralun. Kami mengambil keputusan untuk berteduh dibawah jambatan yang mnghubungkan jimah dangan tebing.
Dilanda ribut
Keadaan laut semakin ganas, hujan semakin lebat, tiupan angin semakin kencang, alun semakin kuat dan tinggi. Tiba-tiba tali yang kami gunakan untuk mengikat boat pada tiang jambatan putus disebabkan gaseran dengan teritipdi tiang tersebut, keadaan menjadi panik dan pada masa yang sama enjin boat tidak boleh dihidupkan. Boat kami dihanyutkan arus lalu merempuh tiang jambatan yang berada dihadapan, Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T rempuhan tersebut tidak menyebabkan boat kami pecah, akhirnya enjin boat berjaya dihidupkan dan kami berteduh semula dibawah jambatan.

Antara hasil tangkapan
Selepas hujan berhenti kami sambung semula aktiviti memancing, namum tiada seekor ikan pun yang berjaya diperolehi. Ini lah  hasil tangkapan yang agak besar yang kami perolehi, ikan-ikan apollo dalam box yang lain. 2 ekor GT dan seekor senangin diperolehi oleh boat yang lagi satu. Yang selainnya diperolehi oleh boat aku.

Menikmati hasil tangkapan
Sebelum balik kami singgah makan dulu di restoran berhampiran bagi menikmati hasil tangkapan, sambil tu gelak-gelak sambil kutuk gelagat Lan, Asuan dan aku yang huru-hara masa boat hanyut dan merempuh tiang jambatan.

Trip bottom Port Dickson akan di update pada entry akan datang...