Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Udang Galah Sungai Pahang (Temerloh)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Ini adalah sambungan daripada kiriman saya sebelum ini, sebenarnya kiriman kali ini adalah berkenaan hari kedua saya di Temerloh...Hasil maklumat dari Along (Along Sangkar) saya telah mengunjungi lubuk udang yang beliau ceritakan pada saya di hari sebelumnya...

Temerloh

Port memancing yang best
Pada mulanya saya hanya memancing di tebing sungai ..tiba-tiba tengah syok  memancing, saya terdengar satu suara misteri ...Ada dapat ker...? saya pun terperanjat, saya ingatkan saya ditegur oleh penghulu sungai Pahang...rupa-rupanya seorang "Otai" yang empunya suara...saya pun dengan selamber menjawap "tak dapat lagi" mungkin kerana kesiankan saya, "Otai" tersebut mempelawa saya ke lubuk beliau...

Port memancing yang best

Ini lah lubuk beliau...cukup selesa...siap ada bumbung dan tandas lagi...cuma tak der Astro sahaja....

"Otai" Wahid

Inilah "Otai" yang saya maksudkan, beliau lebih dikenali sebagai Wahid...beliau adalah seorang peniaga kedai makan, tiap-tiap hari selepas berniaga, beliau akan memancing udang...Boleh dikatakan hari-hari jugak lah beliau memperolehi udang, senang kata beliau ni kalis dari "kumpau" laa....Saya pun tertanya-tanya, betul ker apa yang beliau cakap ni...takkan beliau ni hebat sangat....Saya pun memperhatikan tingkah laku beliau dari awal, setiap gerak geri beliau dalam pemerhatian saya...cara beliau memasang umpan, perambut yang beliau gunakan, mata kali yang beliau gunakan, saiz batu yang beliau gunakan dan tempat beliau melempar umpan...ternyata apa yang beliau cakapkan benar belaka...5 minit beliau melempar umpan, beliau mendapat  seekor udang galah...ini tak boleh jadi mungkin semua ni kebetulan...tiba-tiba joran beliau melentur lagi...kali ini beliau mendapat udang telur pulak....Adoi hai bila la aku nak dapat udang ni (dalam hati)...

Udang galah
Setelah puas memerhatikan "Otai" mendapat udang, saya pun bertanyakan kepada beliau..macam mana saya nak dapat udang macam beliau jugak...mungkin atas dasar kesian, beliau pun memberi beberapa tips kepada saya.....dan akhirnya dengan izin tuhan saya berjaya menaikkan seekor udang galah..haaaa...haaa...

Udang galah
kemudian "Otai' berjaya menaikan seekor lagi udang galah....kemudian baru lah saya mendapat seekor lagi udang galah..ehh..hh silap anak udang galah....

Udang galah sungai Pahang

Ini lah hasil keseluruhan udang yang kami dapat...memang berbaloi-baloi...kebanyakkan udang ni dinaikkan oleh "Otai Wahid" saya cuma dapat 3 ekor jer...akhir kata ...Terima kasih kepada Along sangkar dan "Otai Wahid kerana berkongsi ilmu dan murah hati menunjukkan lubuk mereka...

9 comments:

  1. Bro. Mcmane nak ke port ni? Ada cara nak contact en wahid ni tak?

    ReplyDelete
  2. bro.... port aku lg best bro..... nak dtng call 0175440360...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tuan...boleh dapatkan no tel sedara wahid tak? wife kome mengidam udang galah fresh. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..Minta maaf no telefon En.Wahid dah hilang bersama-sama handset saya yang lama.

      Saya pun dah lama tak jumpa En.Wahid, Tahun lepas pergi kat tempat yang kami mancing dulu pun dia tak da jugak..

      Delete
    2. nak udang fresh sungai temerloh .....setiap pagi ahad ada pasar pagi by the way sediakan duit ratus2
      rm 65@70/kg...

      Delete
    3. pakcik wahid mancing kat pondok polis sungai pahang......sampai petronas lurah semantan (pusat bandar) jengok jer ke bawah ade ler pondok polis caler biru neh....!!!! betul2 behind bigger billboard

      Delete
    4. Ya mh_azmi gambar ni semasa saya memancing dengan Pakcik Wahid di pondok polis tu la. Tahun lepas saya gi pondok tu tak jumpa pun dia..

      mh_azmi kenal ker Pakcik Wahid tu...

      Delete
  4. Wow.. minat baru ni.. tahun ni dah ada yang repeat tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni tak repeat lagi, sekarang ni saya lebih kepada casting..

      Delete