Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ahad terakhir sebelum ramadan aku telah menjejaki lubuk-lubuk haruan di kawasan lembah klang yang pernah aku terjah beberapa tahun yang lepas.
 |
Lubuk pertama |
Lubuk pertama agak kecil dan terpencil serta airnya cetek. Satu jam aku
casting seekor haruan pun tak sambar umpan. Aku pun tak tahu kemana menghilangnya semua ikan-ikan haruan dekat lubuk ni. Mungkin pemancing-pemancing lain dah "rembat" semua haruan dekat ni.
 |
Lubuk kedua |
Disebabkan kumpau dilubuk pertama, aku menerjah kelubuk kedua. Lubuk ni agak jauh sedikit kedalam belukar. Kena redah semak baru boleh sampai. Tapi ada jugak orang lain pernah masuk lubuk ni sebab aku ada nampak denai ke lubuk ni.
 |
Lubuk kedua |
Dekat lubuk ni pun aku kumpau jugak. Walaupun ada ternampak beberapa ekor anak ikan haruan, tapi haruan mega lansung tidak menyambar gewang.
 |
Pemancing memancing ikan tilapia |
Sebelah petang aku pergi pula kelubuk seterusnya. Sampai sahaja dah ramai pemancing sedang memancing. Sebenarnya lubuk ni lebih kepada sebuah tasik, kebanyakkan ikan-ikan besar bermain ditengah tasik.
 |
Tilapia dan Red Parrot |
Kebanyakkan pemancing disini memancing ikan tilapia dan ada juga yang mendapat ikan red parrot.
 |
Gewang |
Disebabkan ramai pemancing yang mendapat tilapia merah, kemungkinan ikan pemangsa disini memburu anak ikan tilapia merah sebagai makanan utama. Maka aku menggunakan gewang yang bewarna merah untuk mengumpan meraka.
Ternyata teori aku benar. 30 minit
casting, gewang aku diragut ikan. Tetapi nasib tidak menyebelahi aku, ikan membawa lari gewang kepulau rumput ditengah-tengah tasik dan akhirnya tali utama putus disebabkan gewang tersangkut pada pulau rumput tersebut..
 |
Haruan 1.4 kg |
Kemudian aku mengunakan gewang Rapala "Wide tail dancer". Ternyata lenggokan gewang berjaya menarik perhatian seekor haruan. setelah ditimbang didapati beratnya 1.4 kg.
Secara keseluruhannya boleh dikatakan tasik ini terdapat haruan yang bersaiz mega, cuma nak kena tahu dekat mana lubuknya.Toman pun ada sebab memang boleh nampak kumpulan anak ikan toman di beberapa lokasi.
Terbaik bang... lama dah rasanya xmancing haruan ni...
BalasPadamWahhh best seh... x sabar nk balik kampong...kerja dibandar x de masa gi memancing ##.saya ni baru lagi dalam teknik casting... casting memang best!!!
BalasPadamWahhh best seh... x sabar nk balik kampong...kerja dibandar x de masa gi memancing ##.saya ni baru lagi dalam teknik casting... casting memang best!!!
BalasPadamBetul tu... yang paling best masa ikan sambar gewang..
PadamWahh ..terbaik tu rizal :)
BalasPadamTQ..Laila KPAS
PadamBoleh bagi tau lubuk mana de aruan kat klang lama ni
BalasPadamDekat area Klang Lama ni susah nak cari port haruan.. sekarang ni kami cari haruan kat area Sepang n Banting.. itu pun kadang-kadang jer dapat..huu..huu..
PadamSepang kat area mana tu bos?
PadamDekat ladang sawit KLIA 2 Mr Zarul...
PadamBro. nak resepi ikan haruan kering dan kongsi maklumat boleh la ke:
BalasPadamwww.haruan.my
:)
OK... terima kasih Syarikat Hurairah
Padam