Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada pertengahan bulan November aku telah berkomplot bersama Chef Endrawan untuk memancing di kolam RM3.00 Jugra, Banting. Ini merupakan kali pertama aku memancing dikolam tersebut dan merupakan kali kedua bagi Chef Endrawan. Chef Endrawan yang ingat-ingat lupa jalan ke kolam tersebut telah membawa kami sesat hampir ke pulau Carey. Sudahnya 3 jam selepas bertolak dari Putrajaya barulah kami sampai ke kolam RM3.00 Jugra.
Terdapat 3 package memancing yang disediakan dikolam ini.
Package pertama RM3.00
- Bayar RM3.00 boleh mancing sampai lebam
- Boleh mancing mana-mana kolam(Kolam Siakap, Kolam Jenahak dan Kolam Kerapu)
- Dapat ikan kena timbang dan kena bawa balik.
Siakap/ Jenahak RM 17.00/kg
Kerapu RM 35.00/kg
Package kedua RM30.00/ 2 jam(CNR)
- Package ni hanya untuk kolam siakap sahaja.
Package ketiga RM50.00/ 2 jam(CNR)
- Package ni boleh memancing dekat mana-mana kolam pun.
![]() |
Umpan Udang |
Udang hidup juga ada dijual, sekor 0.20 sen.
![]() |
Kolam jenahak |
Kemudahan asas ada disediakan, pondok untuk pemancing atau ahli keluarga berteduh juga banyak.
![]() |
Chef Endrawan vs Jenahak |
Hasil daripada nasihat Chef Endrawan, kami telah mengambil package ketiga, iaitu package CNR. Kami memilih untuk casting di kolam jenahak. Sebaik sahaja melempar soft plastic, ragutan terus diterima dari sijenahak.
![]() |
Jenahak |
![]() |
Kerapu |
Sawan beliau bertambah parah apabila soft plastic beliau disambar kerapu. Beliau hampir menjilat ikan tersebut namun sempat dihalang oleh pemancing-pemancing lain.
![]() |
Jenahak |
![]() |
Jenahak |
Pada masa yang sama Chef Endrawan turut bertarung dengan sijenahak. Setalah diberi minum air kolam, sawan beliau semakin pulih.
![]() |
Siakap |
Setelah menaikkan 3 ekor jenahak, aku pergi pula ke kolam siakap. Siakap juga galak menyambar soft plastic . Namun siakap pandai melepaskan diri semasa bertarung.
![]() |
Jenahak |
Setelah puas menaikkan 4 ekor siakap aku kembali semula ke kolam jenahak. Hasilnya aku menewaskan seekor lagi jenahak.
Package 2 jam telah sampai kepenghujungnya, kami berjaya mendapat 10 atau 11 ekor jenahak, seekor kerapu dan aku tak pasti berapa ekor siakap yang kami dapat keseluruhannya sebab aku cuma kira siakap yang aku dapat sahaja.
Secara keseluruhanya komplot kali ini amat memuaskan. Nasib baik kami ambil package CNR kalau tidak entah berapa ratus kami kena bayar untuk bawa balik ikan.
cayalah broo..bnyak hasil..
BalasPadamKebetulan SP menjadi pada hari tu tuan Sollehudin Sapari
Padamsaya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
PadamKLIK=>>> DANA GAIB
blh share lokasi kolam ni???
BalasPadamSorry lambat reply... Cuba search 2.85972,101.425651 kat google map.
Padambestnya.. harga pun murah. kalau dekat, hari-hari aku casting ikan siakap kat kolam ni
BalasPadamBetul tu Bro hantu.. kalau mancing kat tempat lain kumpau, datang sini insya Allah ada hasil..
PadamBoleh dikatakan tempat ni pengubat kumpau laaa..heeee
KenA tipu la semalam..aku dpat siakap 7ekor rm141..aku tmbang balik kat rumah xsmpai 6kg.
BalasPadamMacam mana boleh jadi macam tu pulak Hakam, mungkin dia tersalah timbang kot...
Padamapa nama kolam ni..? sy tgk byk kolam kat sini... huhuhu
BalasPadamKolam RM3.00 Jugra
PadamApe maksud cnr tu bang cacth n release ke?
BalasPadammane nak cari udang hidup eh sbb selalu pergi udang dh abis.
BalasPadambawak udang kopek pon boleh..main bottom..situ..semua ikan pelahap..sampai poket kita pon dilahapnye..
Padambuka smpai pukol berapa??
BalasPadam