Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Arapaima Gigas Fish Valley

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada penghujung bulan Mac yang lepas aku telah berkomplot dengan dua orang sahabat iaitu Farid dan Al'Hafiz untuk memancing di Fish Valley. Mengikut perancangan kami akan mula memancing jam 8.00 pagi. Tetapi tepat jam 8.00 pagi cuma aku sorang sahaja yang ada kat Fish Valley, malahan penjaga kolam pun belum sampai lagi...

Aku membuat persiapan awal kerana target aku pada hari ini bukannya calang-calang ikan, aku mengsasarkan ikan yang paling besar dalam kolam Fish Valley. Aku menggunakan tiga batang joran, dimana salah satunya adalah mesin dengan tali branded berkekuatan 50lb digabungkan dengan rod pioneer aksi sederhana dengan panjang 7 kaki.

KEHADIRAN AL'HAFIZ

Lesen Lampam

Lebih kurang jam 9.30 pagi baru lah Al'Hafiz sampai, beliau dengan muka  "selamba" mengatakan jalan sesak. Tanpa melengahkan masa beliau terus memasang umpan. Baru 5 minit melontar umpan joran beliau telah melentur. Rupa-rupanya umpan  beliau telah diragut lampam dan itulah lesen beliau pada hari ini.

LeeKoh

Kemudian umpan beliau diragut lagi, kali ini beliau mendapat ikan LeeKoh pula. Aku cuma menjadi cameraman sebab ketiga-tiga umpan aku masih belum diragut ikan...

KEHADIRAN FARID

Pacu 5.0kg

Lebih kurang jam 10.15 pagi Farid pun sampai, beliau lewat sebab beliau baru balik dari kerja Shif malam. Sebaik sahaja beliau melontar umpan, umpan beliau terus diragut ikan. Mesin pada joran beliau menjerit dan tali keluar tanpa henti. Setelah hampir 5 minit bertarung akhirnya beliau berjaya menewaskan seekor pacu yang beratnya 5 kg. Dan seperti biasa aku menjadi cameraman kepada beliau.

TEWASNYA ARAPAIMA GIGAS

Lompatan Arapaima Gigas

Setelah 3 jam menunggu tanpa sentuhan pada mana-mana umpan aku, tiba-tiba Farid terdengar bunyi locen berbunyi tanpa henti dan diikuti dengan bunyi lompatan ikan yang besar. Aku berlari kearah joran  dan didapati tali pada mesin keluar laju tanpa henti. Aku menyambar joran dan membuat satu rembatan. Tiba-tiba seekor Arapaima melompat dihujung kolam. Aku mengawal drag supaya tali tidak terlalu tegang untuk mengelakan tali utama putus.

Lompatan Arapaima Gigas

Setiap kali drag diketatkan ikan akan meloncat. Ikan semakin jauh membawa tali ketengah kolam, aku terpaksa mengetatkan drag dan menaikkan hujung joran setinggi mungkin untuk melemahkan ikan. Akhirnya ikan mula lemah dan aku berjaya memujuknya ketepi kolam.

 Arapaima Gigas

Sebaik sahaja ikan sampai ketepi kolam satu lagi masalah timbul, ini kerana tanguk yang digunakan tidak muat untuk ikan tersebut. Maka aku terpaksa masuk kedalam kolam untuk menagkap ikan tersebut.

VIDEO TEWASNYA ARAPAIMA GIGAS

 


Teknik Hibernasi peringkat ke-3

Setelah Arapaima dilepaskan Al'Hafis telah mengambil kesempatan untuk melelapkan mata, mungkin beliau penat menjadi cameraman untuk merakam aksi-aksi pertarungan aku dan Arapaima tadi.

lampam 3.0 kg

Sedang kami merehatkan diri tiba-tiba joran Farid pula melentur kuat, ikan membawa tali jauh ketengah kolam. Beliau membalas dengan satu sentapan dan pertarungan bermula. Akhirnya beliau berjaya menewaskan seekor Lampam yang beratnya 3.0 kg

Keli 5.4 kg

Selang beberapa minit Farid melempar umpan, mesin beliau berbunyi lagi. Beliau mencapai joran dan pertarungan bermula. Hampir 4 minit bertarung akhirnya beliau berjaya menewaskan seekor keli 5.4kg.

LeeKoh

Kemudia giliran aku pula menjinakan seekor Leekoh 2.5 kg

Pacu 5.2kg

Sedang kami mengemas barang untuk pulang, tiba-tiba joran Al'Hafiz melentur, beliau terus mencapai joran dan mengetatkan drag. Pertarungan berlanjutan lebih kurang 5 minit dan akhirnya beliau berjaya menewaskan seekor pacu 5.2 kg.

Secara keseluruhanya kami sangat berpuas hati dengan trip kali ini, pelbagai spesies ikan berjaya kami jinakan. Dan yang paling bestnya aku berjaya menewaskan antara spesies ikan air tawar paling besar didunia iaitu Arapaima Gigas.

10 comments:

  1. Perghhh..dasat tu arapaima..terbaek broo..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Guna umpan ikan lampam tuan takiya genji

      Delete
  3. Lampam tu bsr mana?.......kena pakai batu ke?.yg ikan lain tu pakai umpan ape???..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampam besar 4-5 jari tuan ameeryusouf, pakai batu. Baling lampam tu kat tempat arapaima tu selalu timbul.

      Ikan yang lain guna dedak yang dijual kat kolam tu.

      Delete
    2. Dekat tepi teluk D tu ke????...sorry byk tanye...btw thankz...^_^

      Delete
    3. Boleh tengok kat video ni. http://www.youtube.com/watch?v=BZ4WsB9eyc4

      Delete
    4. Perambut & mata kail tu besar mne??????

      Delete
    5. Sorry lambat reply...
      *Guna mata besar (2 @ 3), pastikan hujung mata kail terkeluar sedikit apabila disangkut pada badan lampam(umpan).
      *Perambut fluorocarbon 50-60 lb dalam setengah depa. Disambung dengan tali braided 30lb-40lb sebagai tali utama dengan menggunakan ikatan "FG".

      Delete