Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip 1/2015 Light Jigging Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Setelah terkena "karen" light jigging Port Dickson pada hujung tahun lepas, awal tahun 2015  aku turun lagi ke Port Dickson. Trip kali ini lebih kepada trip memperbaharui lesen jigging bagi tahun 2015.


Ahli trip
Trip kali ini disertai oleh Maut, Riduan, Aku dan ketua trip Chef Endrawan.

Tekong Apek Kecil
Dan ini lah tekong jigging kami "Tekong Apek Kecil".. Sapa yang biasa jigging area Port Dickson, Teluk Kemang dan Tanjung Tuan mesti kenal tekong ni..

Lesen jigging 2015 Chef  Endrawan dan Maut
Sasaran trip kali ini lebih kepada memburu talang dan tenggiri bunga. Lubuk pertama yang kami pergi ialah lubuk kapal karam. Di lubuk ini kami menggunakan jig 60g dan kebawah, hasilnya seekor ikan banang berjaya diperolehi oleh Maut.

Hampir satu jam jigging di lubuk kapal karam kami beralih ke lubuk lain, dalam perjalanan ke lubuk lain kami terjumpa kumpulan talang dan tenggiri bunga sedang boiling. Kami menukar jig 30g dan kebawah untuk teknik jig cast. Hasilnya Chef Endrawan dan Maut berjaya menjinakan talang.

Lesen jigging 2015
Kami mengikuti boiling tersebut hampir 2 jam, pelbagai jenis jig yang berat 30g kebawah kami gunakan. Popper dan pencil juga turut dipraktiskan namun  tidak berjaya mendapat strike dari talang dan tenggiri bunga, hanya diikuti separuh jalan sahaja.

Disebabkan  penat dengan teknik jig cast, aku menukar teknik kepada vertical jigging dan hasilnya dua ekor talang berjaya aku perolehi.

Hasil light jigging PD
Ini lah hasil trip jigging kami kali ini Talang, tenggiri bunga, barakuda, pecah periuk dan banang antara spesies  yang berjaya kami perolehi. Alhamdulillah misi kami untuk memperbaharui lesen jigging tahun 2015 telah berjaya.

Trip Janakuasa Jimah akan di update pada entry akan datang...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan