Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Port Memancing di Pusat Rekreasi Air Taman Wetland Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Selamat menyambut tahun baru pada semua pembaca blog joranbiru, semoga tahun 2016 memberi lebih kejayaan kepada kita semua. Tahun 2016 ni dimulakan dengan lokasi kegemaran aku  iaitu Pusat Rekreasi Air dan Taman Wetland Putrajaya. Sebelum ni aku ada update berkenaan "Casting di Wetland Putrajaya" tapi aku tak bagi tahu mana lokasi yang menarik untuk memancing di Wetland.

Pusat Rekreasi Air Taman Wetland Putrajaya
Wetland merupakan sebuah tasik yang terdiri daripada 5 buah pulau ditengahnya. Disebelahnya terdapat Taman Botani dan ianya disambung dengan sebuah empangan. Dihujung lagi satu pula terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan Wetland dengan Presint 10.

Wakaf
Ni ialah wakaf di depan cafe. Wakaf ni popular untuk memancing lampam. Biasanya pemancing kat sini memancing lampam menggunakan umpan roti. Caranya ialah  "merasuah" lampam tersebut dengan roti terlebih dahulu. Apabila lampan tu dah lupa diri baru hulur roti yang telah dicangkuk mata kail, insyaAllah berjaya. Joran yang paling sesuai untuk memancing lampam kat wakaf ni ialah joran "telescopic".

Dekat wakaf ni aku pernah dapat seekor kaloi, aku dapat masa awal pagi. Aku guna umpan roti juga. Bulan disember 2015, aku pernah naikkan seekor sebarau saiz tapak tangan. Masa tu selepas hujan. Aku guna lure spoon 7g dan aku lontar dari darat ke hujung jeti. Mungkin korang boleh cuba, mana tau dapat sebarau lagi besar kat sini.

Sebelah petang ikan akan bersembunyi dibawah jeti ini, ikan tilapia yang bersaiz besar juga sering bersembunyi dibawah jeti ini. Biasanya ikan tilapia tersebut akan bermain diantara pelampung putih(sebelah wakaf) dan bawah wakaf. Korang boleh cuba teknik pancing menggunakan jaring, Letak jaring disatu bahagian(berhampiran dengan pelampung putih atau berdekatan dengan bawah wakaf) dan halau ikan tu dari arah bertentangan. Biasanya ikan tu akan lari ke depan dan kalau bernasib baik, boleh la dapat ikan tu sebab dia terlanggar jaring tadi.
Jeti
Ini ialah jeti untuk pelawat menaiki cruise dan paddle board. Ini antara port kegemaran induk toman bersembunyi, biasanya awal pagi induk toman akan keluar dari bawah jeti ini dan membawa kumpulan anaknya "bersiar-siar".
Tempat kayak, bot pancing dan kenu
Ini adalah kawasan disebelah jeti. ianya merupakan tempat untuk pemancing menurunkan bot fiber yang disewa. Ianya juga merupakan tempat pengunjung menurukan kayak dan kenu yang disewa. Tempat ni agak sibuk dengan aktiviti air, namun pada awal pagi, sekiranya bernasib baik kita boleh melihat sebarau memburu anak ikan lampam dikawasan ini.
Port sebelah tepi(laluan ke Taman Botani)
Ini merupakan salah satu port kegemaran pemancing bottom, lampam, tengalan dan temoleh pernah dinaikkan di port ini. Jika dilihat dengan betul, dihujung gambar ini kelihatan ada satu jambatan dan di belakang jambatan tersebut terdapat sebuah "kolong". Ruang antara jambatan dan  "kolong" tersebut terdapat satu kawasan yang airnya tenang dan cetek. Apabila hujan, Air tasik akan naik dan biasannya lampam akan memasukki kawasan tersebut. Sekiranya hari-hari biasa, selalunya toman bersaiz juvana boleh dipancing dengan teknik casting dikawasan ini.
Port Utama bagi pemancing teknik bottom
Ini lah port yang paling popular dikalangan pemancing bottom di Wetland. Biasanya joran 9'-15' sering digunakan dikawasan ini. Boleh dikatakan ini lah kawasan yang paling kerap pemancing menaikkan temoleh iaitu ikan yang menjadi buruan utama kaki pancing di wetland.

Pada awal pagi, biasanya induk toman akan membawa anaknya "bersiar-siar" dikawasan ini, apabila pemancing semakin ramai, induk toman tersebut akan berenang ketengah tasik. Dikawasan ini juga terdapat satu saluran air masuk dari longkang. Sekiranya hujan lebat, air akan masuk dengan banyak dari longkang tersebut. Pernah kelihatan sebarau memburu ikan lampam dikawasan air yang keluar dari longkang tersebut semasa hujan baru berhenti.

Jambatan
Ini ialah  jambatan yang menghubungkan wetland dan presint 10. Dibawah jambatan ini juga merupakan hot spot untuk casting. Kadang-kadang induk toman membawa anaknya bersembunyi di bawah jambatan ini. Ikan sebarau juga sering kelihatan diantara tiang-tiang jambatan ini. Sekiranya bernasib baik, pada sebelah petang kita boleh melihat kumpulan ikan patin bersaiz mega keluar dari bawah jambatan ini, terutama dari "kolong" ke 7 dan ke 8.

Pulau-pulau di Wetland
Ini ialah kawasan berhampiran pulau, ada dua pulau yang popular dengan kaki bottom. Aku pernah strike mama toman dikawasan pulau ini. Ada sesetengah masa kawasan pulau ini tidak sesuai untuk aktiviti casting, ini kerana pengujung yang berkayak, kenu dan menyewa paddle board sering melalui kawasan pulau ini.
Jeti
Ini adalah jeti disatu bahagian lain di wetland. Aku tidak pasti sama ada aktiviti memancing boleh atau tidak diatas jati ini. Namun bagi pemancing yang menyewa bot, kita boleh memancing/casting dari atas bot. Sebenarnya ini merupakan salah satu lokasi kegemaran aku, sekiranya aku tak jumpa kumpulan toman dikawasan lain, biasanya aku akan jumpa kumpulan toman dikawasan ini. Selalunya induk toman akan bersembunyi dibawah jeti ini.
Port haruan
Disebelah jeti ini pula terdapat kawasan yang airnya cetek. Ini ialah kawasan yang paling cetek sekali di tasik wetland. Ada sesetengah tempat kita terpaksa mendayung, ini kerana truster akan tersangkut pada dasar tasik. Kawasan yang cetek ini ditebingnya dipenuhi dengan rumpai, ianya merupakan habitat bagi haruan dan toman bersaiz remaja. Aku pernah strike haruan dikawasan ini(gambar ada dibawah)

Wakaf
Ini juga merupakan salah satu kawasaan hot spot untuk casting dan trolling, aku pernah strike seekor belida dikawasan ini dan aku pernah patah  gewang dikawasan ini semasa menggunakan teknik trolling

Kalau korang nak tahu dari kawasan ini hingga ke hujung empangan(gambar bawah) merupakan kawasan kegemaran untuk aku main trolling.

Dihujung gambar terdapat wakaf diatas air. Biasanya induk toman sering membawa anaknya dibawah wakaf tersebut terutama semasa hari yang panas.
Empangan
Ini ialah kawasan empangan, air dari empangan ini akan terus ke Taman Botani disebelah bawah tasik wetland. Bot tidak dibenarkan melebihi kawasan pelambung kuning. Biasanya aku akan casting kekawasan air yang jatuh ke tasik bawah(Taman Botani).
Antara Hasil Wetland 2015
Ini lah antara hasil aku casting dan trolling di Wetland pada tahun 2015. Ikan yang paling banyak aku dapat ialah ikan toman, ada lagi beberapa gambar toman yang aku tak masukkan dalam entry ni. Ikan sebarau tu aku dapat pada bulan disember, masa tu selalu hujan. Mungkin sebarau banyak keluar memburu masa hujan. Baung tu aku dapat dengan teknik trolling diantara pulau dan jeti.

Korang boleh datang memancing di Pusat Rekreasi Air Taman Wetland Putrajaya sepanjang tahun. Taman ini dibuka setiap hari. Bayaran untuk memancing ialah RM 21.20/day (termasuk gst) bagi sebatang joran. untuk sewa bot +  thruster ialah RM 21.20/half day (termasuk gst) atau RM 42.40/day(termasuk gst).

Memancing Di Taman Botani Negara Shah Alam akan di update pada entry akan datang...





13 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Boleh..bayar permit RM21.20/day
      Skrg ni tgh musim temoleh, boleh la turun kalau nak merasa temoleh.. Boleh tgol dekat group fb "kaki Pancing Wetland"

      Padam
    2. Boleh..bayar permit RM21.20/day
      Skrg ni tgh musim temoleh, boleh la turun kalau nak merasa temoleh.. Boleh tgol dekat group fb "kaki Pancing Wetland"

      Padam