Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada hari hari raya Aidiladha yang lepas saya dan keluarga telah balik ke kampung di Teluk Intan, Perak...Pada hari ke-tiga Aidiladha bapa saudara mengajak saya menemani beliau memancing udang...Ibarat "orang mengantuk disorong bantal" tanpa berfikir sejenak saya terus menjawap "ok jugak tu, lagipun dah lama tak memancing udang kat sini"......
 |
Enjin 2.2 hp |
Ini lah enjin yang kami gunakan 2.2 hp
 |
Jeti |
Ini adalah jeti dimana bapa saudara saya dan beberapa penduduk kampung menambat sampan mereka.
 |
menghidupkan enjin |
Otai sedang menghidupkan enjin, saya hanya duduk di depan sampan dan bertugas sebagai penarik sauh...
 |
Sauh |
Inilah sauh yang digunakan untuk menambat sampan, beratnya hampir 15 kg, kebas tangan sebab kena tarik sauh apabila ingin berpindah lubuk memancing yang lain...
 |
Joran |
Ini adalah teknik susunan joran yang saya gunakan, teknik ini sesuai digunakan apabila memancing diatas sampan yang kecil..
 |
ikan Duri |
Habuan pertama saya pada hari tersebut, udang yang diharapkan tetapi si Duri yang meragut umpan. Apa -apa pun rezeki jangan ditolak.
 |
Joran |
Tiba - tiba umpan saya diragut ganas, sah ini bukan lagak si sepit biru..
 |
Duri |
Rupa - rupanya si Duri punya angkara, tetapi kali ini saiznya agak besar.....
 |
Udang |
Kemudia barulah udang menunjukkan dirinya kebanyakkannya kami hanya mendapat 2 atau 3 ekor udang sahaja dalam satu lubuk..
 |
Duri |
Kemudian si Duri pula menjamah umpan...adakalanya sampai terangkat hujung joran apabila di sentap si Duri yang bersaiz agak kasar...
 |
Buntal |
Selain duri, Buntal juga tidak ketinggalan menjamah umpan, tetapi Buntal cuma menjamah umpan semasa air pasang sahaja...
 |
Angin kencang |
Sedang asik kami memancing udang tiba-tiba cuaca berubah, angin menjadi kencang dan diikuti dengan hujan yang lebat...air sungai menjadi bergelora...Bapa saudara mengarahkan saya menarik sauk secepat yang mungkin, kemungkinan sampan akan terbalik sekiranya sauh tidak ditarik dari dasar sungai...
 |
Bumbung sampan yang rosak |
Semasa saya menarik sauk, bumbung sampan telah musnah dilanda angin yang kencang, tetapi alhamdulillah kami tidak ditimpa sebarang kecelakaan....
Inilah hasinya, 3 ekor ikan Duri dan hampir 2 kg udang, tetapi udang kali ini tidak ada yang bersaiz mega. Salah satu faktonya ialah musim udang belum tiba dan air sungai sejuk disebabkan musim tengkujuh...