Assalamualaikum dan salam sejahtera... setelah hampir sebulan menyepi tanpa sebarang aktiviti memancing. Pada 11 Disember 2011 saya telah kembali kearena memancing tanah air. Sebagai permulaan trip saya kali ini, saya terlebih dahulu pergi ke pasar borong Selayang bagi mendapatkan ikan keli. Ini kerana target saya pada hari ini ialah spesis yang sering menghantui perairan empangan Batu...
 |
Pasar Borong Selayang |
 |
Toman |
Inilah target saya.....Toman atau nama saintifiknya
Channa micropeltes....
 |
Empangan Ulu Yam |
Suasana pagi yang tenang.... kadang-kala kelihatan percikan air ditengah empangan, mungkin ikan spesis permangsa sedang memburu mangsanya ataupun ikan yang besar sedang mengambil nafas...
 |
Kayak |
Tiba - tiba saya ternampak sebuah kayak...maka terlintaslah difikiran saya satu idea yang bernas (atau gila), mungkin saya boleh berkayak dan melepaskan umpan di tengah empangan...
 |
Kayak |
 |
Berkaya ditengah Empangan |
Maka, saya memperatikkan idea saya yang bernas tadi...saya berjaya melepaskan umpan saya ditengah empangan....
 |
Tilapia |
Setelah hampir 4 jam menunggu....umpan keli saya masih belum diragut si Toman... maka terpaksalah saya menukar target saya, daripada memancing Toman kepada memancing Tilapia...
 |
Tilapia |
Nampaknya target saya memancing tilapia berjaya, dalam masa 1 jam sahaja saya berjaya menaikkan 6 ekor ikan Talapia merah...walaupun saya tidak mendapatkan seekor pun ikan toman, saya tetap berpuas hati kerana berjaya mengelakkan diri daripada menjadi "bangau" di empangan Batu Ulu Yam..