Assalamualaikum dan salam sejahtera... rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua pembaca. Baru-baru ini saya telah pergi ke Temerloh. Seperti yang diketahui Temerloh adalah syurga untuk peminat ikan Patin...terdapat beratus pengusaha ikan sangkar disepanjang sungai Temerloh. Temerloh juga syurga untuk pemancing ikan air tawar, oleh yang demikian saya juga ingin menduga penghuni sungai Pahang...
|
Perjalanan ke Temerloh |
|
Ternakan Ikan Sangkar |
Oleh kerana ini adalah kali pertama saya ke Temerloh, maka saya terpaksa meminta bantuan dari penduduk tempatan....saya pun meronda mengikuti jalan dipersisiran sungai Pahang menghala ke Teriang... tiba-tiba sampai di Kg Pangsenam saya ternampak papan tanda "Ikan Sangkar" maka saya pun singgah di situ..konon-kononnya nak beli ikan laa..tapi sebenarnya nak korek rahsia kat mana lubuk memancing yang best kat Temerloh ni...
|
Ikan Tilapia dan Patin sangkar |
|
Sangkar untuk Patin |
Melawat sangkar ikan Patin, Tilapia, Krai dan Baung......
|
Sangkar untuk Patin dan Tilapia |
Terdapat hampir 60 sangkar ikan Patin, Tilapia, Krai dan Baung
|
Tilapia |
Sambil melawat sangkar tu saya pun tanyalah lubuk-lubuk best kat Temerloh. Pekerja sangkar tu memang peramah, beliau telah memberi tahu dimana antara lubuk-lubuk yang best kat Temerloh ni, sambil tu saya telah membluetooth koleksi gambar ikan yang pernah beliau dapat di lubuk tersebut....
|
Kaloi |
|
Belida |
|
Patin Buah |
|
Ikan Lais |
|
Pelbagai spesis ikan sungai Pahang |
|
Kenarak |
|
Temelian |
Ini lah pekerja sangkar yang saya maksudkan tadi, beliau lebih mersa dengan panggilan Along. Walaupun hanya baru beberapa jam beliau mengenali saya, beliau telah banyak berkongsi ilmu memancing dengan saya....Tetapi menurut beliau, sekarang ni bukanlah masa yang sesuai untuk memancing ikan, maka beliau menasihatkan saya supaya memancing udang aje laa....
|
Patin masak tempoyak |
Setelah penat berjalan dan melawat sangkar ternakan ikan Patin, Tilapia, Krai & Baung, akhirnya saya mengalas perut saya dengan masakan yang popular di Temerloh...Apa lagi " Patin masak tempoyak"..