Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Kolam Tow Foo Siri 1(Ledakan Pacu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 16 Februari 2012, satu trip memancing telah dirancang secara tidak sengaja ke kolam Tow Foo.. Macam biasa partner saya tidak lain ialah Farid atau lebih dikenali dengan gelaran dewa kumpau..hee..he..

Kolam Tow Foo
 Ini merupakan trip kali pertama saya ke Tow foo pada tahun 2012...

Pacu 1
Tangkapan pertama tahun 2012 di Tow Foo....Pacu seberat 2.5 kg,  ini mungkin menunjukkan satu pertanda yang baik untuk tangkapan saya pada tahun ini di Tow Foo...
Pacu 2
 Kemudian seekor lagi Pacu menyambar umpan yang saya lemparkan....

Pacu 3
 Kemudia seekor lagi ... dan lagi dan lagi..
Pacu 4
Pacu 5

Sehingga ke petang saya masih dihantui si pacu....

Pacu6
Disebabkan kepenatan diasak pacu, saya telah berpindah ke port lain dan mengharapkan hasil tangkapan yang lain... sedang saya bersembang dengan Farid untuk mendapatkan ilmu kumpau beliau. Tiba - tiba mesin saya menjerit... maka dengan sepantas kilat saya membalas ragutan tersebut dengan satu sentapan yang pantas dan bersopan santun.. Maka bermula lah aksi pertarungan..setelah hampir 4 minit bertarung akhirnya kelibat siperagut umpan kelihatan, rupa-rupanya seekor pacu berada dihujung joran saya...hasil bantuan Farid saya berjaya mendaratkan pacu tersebut. Sepanjang trip kali ini saya berjaya menumpaskan 6 ekor pacu, 4 ekor terlepas(sebab perambut putus) dan beberapa ekor Lampam...Mungkin hari ini ialah "Hari Pacu Saya"...

Udang Sungai Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 23.1.2011 iaitu pada tahun baru cina, saya dah keluarga telah balik ke kampung di Teluk Intan. Seperti tahun-tahun yang lepas, setiap kali balik ke Teluk Intan saya tidak akan melepaskan peluang memancing udang di sungai Perak...

Menara Condong Teluk Intan
Bergambar kenangan berlatar belakangkan menara condong Teluk Intan.. Menara Condong ni terletak disuatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar. ketinggiannya  85 kaki (25.5 meter) dari paras bumi. Sekali pandang nampak macam lapan tingkat, tapi sebenarnya cuma tiga tingkat jer.. Manakala sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan tingkat demi tingkat...

Persediaan sebelum memancing
Persiapan sebelum memancing udang...tali utama terpaksa di tukar dengan tali jenis braided, ini untuk mengelakkan tali putus digigit si buntal...

Mencari Lubuk

Mencari lubuk untuk memancing udang...

Lubuk Udang
Lubuk pertama.....tetapi hampeh, sekor pun tak dapat...

Menjaring Udang

Kemudia segala persoalan kenapa tak dapat udang terjawab...Hasil dari siasatan yang yang dijalankan, rupa-rupanya dah hampir sebulan penduduk tempatan memasang jaring (atau dalam bahasa tempatan lebih dikenali sebagai Memelat) disepanjang lubuk udang...

Mengutip udang
Penduduk tempatan mengutip udang hasil dari jaring yang dipasang ..

Udang pertama

Setelah puas bertukar lubuk...akhirnya saya berjaya manaikkan seekor udang... kemudia diikuti dengan beberapa ekor udang, kemudian udang lagi dan lagi..tapi saiz kecil jer...

Hasil tangkapan
Ini lah hasinya 10 ekor udang...

Udang goreng
Dan ini lah hasilnya selepas di goreng....sedap....Secara keseluruhannya trip kali ini  kurang memberangsangkan...terlalu banyak orang yang memancing udang dan terdapat beberapa penduduk tempatan yang memasang jaring... Walaubagaimanapun saya masih berpuas hati dengan trip kali ini..