Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Jackpot Oktober Tow Foo

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Hampir sebulan aku tak update blog, sebenarnya bulan Oktober ni memang aku kurang memancing..lagipun dipengaruhi dengan keadaan cuaca yang kebiasaannya akan hujan disebelah petang.. Tapi pada awal bulan Oktober aku ada pergi memancing di kolam Tow Foo... macam biasa lah korang mesti dah boleh agak punya siapa partner aku... siapa lagi, Farid ler...

Kolam Tow Foo di Waktu pagi
seperti biasa juga kami mesti sampai pada malam sebelumnya bagi mendapatkan port yang terbaik... Sebelah malam agak kurang aksi. Jadi memang tak der sebarang hasil pun...Tido lagi baik daa..


Antara umpan yang digunakan
Ini antara umpan yang kami gunakan.... 

Alat penimbang
Beberapa jenis alat penimbang juga digunakan, ini bagi mendapatkan bacaan yang tepat dan sebagai peralatan sokongan sekiranya penimbang utama mengalami kerosakan...

Lesen pertama
Tangkapan pertama aku ... Ikan Tilapia..kemudia suasana kembali sunyi tanpa sebarang ragutan...

Patin Jackpot
Setelah dua jam menunggu dan beberapa kali menukar umpan...Tiba-tiba joran aku melentur, mesin menjerit tanpa henti...permukaan kolam berkocak dan ikan-ikan bertempiaran lari... Maka bermulalah aksi yang dinanti-nantikan.... Setelah 8 minit aksi tarik-menarik berlaku, akhirnya siperagut umpan menyerah kalah...seekor patin terkulai di hujung perambut...


Hadiah dari tokei
Memandangkan aku kepenatan, Farid telah menimbang ikan...maka terpaparlah angka 13.41kg di alat penimbang...Tanpa melengahkan masa beliau terus menghubungi tokei kolam bagi menempatkan patin tersebut kedalam kategori jackpot bulanan...

Selang beberapa minit tokei kolam pun sampai, efisien sungguh tokei kolam ni, baru call dah sampai (sebenarnya dia takut ikan dia mati kalau tunggu lama sangat). Setelah ditimbang dan dicatitkan kedalam diarinya, beliau terus memberikan duit RM 50.00 kepada aku..Ingatkan beliau nak rasuah supaya jangan masukkan kat dalam blog...Rupanya aku merupakan orang pertama mendapat tangkapan lebih 10 kg pada bulan oktober..Berat seterusnya ialah 15kg akan diberikan RM 50.00 dan berat 30 kg akan mendapat imbuhan yang sama..mungkin ini salah satu strategi tokei untuk menggalakan pemancing memancing di kolam beliau...

Keputusan Jackpot bulan Oktober

Setelah  hampir 2 minggu menduduki tempat pertama, kemudia jatuh ketangga ke-2 dan akhirnya menduduki tempat ke-3. Pada 2 November Farid mewakili aku untuk mengambil hadiah sebab beliau memang nak mancing kat Tow foo pada malam tu...