Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Jelajah Lubuk sekitar Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha aku telah pergi menjejak beberapa lubuk di sekita Putrajaya. Susah jugak nak cari port memancing kat area Putrajaya. Walaupun Putrajaya dikelilingi dengan banyak tasik, namun kebanyakkan kawasannya ialah kawasan larangan memacing.

Lubuk Pertama
Lubuk pertama yang aku jumpa, tiada sebarang aktiviti ikan pun.  30 minit casting namun tiada sebarang sambaran. Puas aku menukar gewang, dari gewang jenis buzzbait, soft plastic frog, Popper dan Pencil satu pun tidak berjaya menarik perhatian penghuni lubuk. Mungkin teknik bottom berkesan kat lubuk ni.


Lubuk kedua
Lubuk kedua, dijumpai 50 meter dari lubuk pertama. Terdapat banyak ikan lampam bermain dipermukaan air. Gewang agak sukar untuk dilempar kerana lubuk ini ditutupi dengan semak samun yang tinggi. Air dilubuk ini jernih dan mengalir. Hasil daripada pemerhatian yang aku lakukan. Disyaki terdapat ikan sebarau dilubuk ini.
Lubuk ketiga
Lubuk ketiga dijumpai hampir 150 meter dari lubuk kedua. Air dilubuk ini cetek dan tidak mengalir. Terdapat sekelompok anak ikan haruan beberapa meter dari tebing. Aku melekukan beberapa lontaran gewang untuk memujuk si ibu haruan, namun akhirnya aku gagal.


Gewang yang digunakan untuk memujuk ibu haruan.

Lubuk keempat

Lubuk keempat dijumpai bertentangan dengan lubuk ketiga. Lubuk ini merupakan sebuah kolam. Airnya tidak mengalir dan agak jernih, kadangkala ternampak kelibat ikan berenang namun gewang aku masih gagal menarik perhatian penghuni lubuk ini.

Lubuk kelima
Lubuk kelima dijumpai bersebelahan dengan lubuk ketiga. Lubuk ini kelihatan lebih menarik. Airnya tidak mengalir dan disesetengah tempat permukaan airnya diselaputi oleh lumut.

Haruan
Lontaran gewang kali kedua terus disambar oleh si haruan.

Haruan
Lontaran gewang terus dilakukan untuk memujuk si haruan. Beberapa kali sambaran berjaya diperolehi namun mata kail tidak betul-betul mengenai mulut ikan. Sambaran terakhir agak ganas, namun ikan berjaya melepaskan diri dengan gewang  dimulutnya. Ini kerana snap pin  terbuka akibat sambaran tersebut. 



6 comments:

  1. bro, kt presint brapa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Presint 14, Presint 18, Presint 11, Wetland, Pinggiran Putrajaya dan ada beberapa kawasan yang saya tak boleh nak sebut sebab ianya kawasan larangan..

      Delete
  2. area mana bro...sy cari tk pnah jumpa pon...cyberjaya tahu la skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Presint 14, Presint 18, Presint 11, Wetland, Pinggiran Putrajaya dan ada beberapa kawasan yang saya tak boleh nak sebut sebab ianya kawasan larangan..

      Delete
  3. kat area lagi port haruan sekitar putrajaya /cyberjaya / puchong

    ReplyDelete
  4. kat area lagi port haruan sekitar putrajaya /cyberjaya / puchong

    ReplyDelete