Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Pulau Tioman Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada pertengahan bulan Oktober aku telah berkomplot dengan dua orang sahabat untuk memancing di Pulau Tioman. Ini merupakan kali pertama kami memancing di pulau Tioman. Komplot kali ini, kami memancing  dengan konsep "Land Based Fishing". Teknik yang digunakan ialah teknik bottom dan teknik casting.

Suara's Chalet
Menggikut perancangan kami akan terus ke pulau Tioman pada hari yang sama kami bertolak dari Kuala Lumpur. Tetapi disebabkan kesilapan teknikal kami sampai lambat ke jeti Mersing, maka kami bermalam terlebih dahulu di Mersing.

Chalet yang menjadi pilihan kami ialah "Suara's Chalet", chalet ni terletak di tepi pantai dan 8 km dari bandar Mersing.

Pasar Mersing
Pagi sebelum bertolak ke Tioman, kami telah pergi ke pasar segar bandar Mersing untuk membeli umpan. Macam-macam jenis ikan ada dijual dekat pasar ni. Sotong dan ketam pun ada dijual, kesemuannya segar-segar dan harganya amatlah berpatutan.

Suasana di jeti Mersing
Mengikut jadual feri akan bertolak dari jeti Mersing pada jam 10.00 am. Jadi pada jam 9.30 am kami ke jeti Mersing sebab takut tertinggal trip feri. Sebaik sampai di jeti, ramai penumpang telah menunggu, dan jam 11.00am baru feri sampai. 30 minit selepas itu feri terus bertolak ke Pulau tioman.

Chalet Peladang
Perjalanan dari jeti Mersing ke Pulau Tioman mengambil masa hampir 2 jam. Kami turun di jeti kg Tekek dan bermalam di chalet Peladang.

Jeti Marina kg Tekek
Sebelah petang kami cuma berjala-jalan sekitar kampung Tekek dan menemubual beberpa penduduk kampung bagi mendapatkan port untuk memancing.

Siakap Merah Pualau Tioman
Malam barulah aktiviti memancing dimulakan, kami menggunakan teknik bottom dan memancing di jeti Marina kg Tekek, hasilnya seekor ikan siakap merah berjaya diperolehi.


*Cerita seterusnya akan disambung pada Pulau Tioman Part 2.




2 ulasan:

  1. Tambang feri tu berapa ye bos? boleh bawak kenderaan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambang Feri RM 35.00 untuk satu hala. Kenderaan tak boleh tuan. Tak silap saya orang Tioman bawa kenderaan naik Kargo @ kapal besar macam tongkang. Tambang saya tak pasti.

      Padam