Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Toman Part 3 (Toman bujang)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Setelah beberapa minggu merehatkan diri, kini aku kembali ke port biasa aku memancing toman. Kali ini aku datang lewat sikit sebab hasil dari pemerhatian aku, toman dekat sini mula aktif apabila hari semakin panas.

Mata gewang yang dirosakkan oleh toman
Aku memerhati permukaan tasik, kelihatan beberapa ekor toman bujang bermain dipermukaan air. Aku mendayung sampan dah berhenti dalam lingkungan 10 -15 meter dari tempat toman tersebut. Aku melempar gewang jenis pencil, kelihatan beberapa ekor toman bujang mengejar gewang namum masih "segan" untuk menyambar gewang. Aku meneruskan melempar gewang untuk menarik perhatian toman-toman tersebut. Sedang gewang aku "menari-nari" dipermukaan air, tiba-tiba satu bayang hitam mengejar gewang. Aksinya menghasilkan riak air yang besar dipermukaan tasik. 

Aku mengekalkan renangan gewang dan akhirnya satu sambaran menyebabkan tali utama aku keluar tanpa henti. Aku mengetatkan drag untuk mengelakkan ikan lari ke bawah teratai. Namum aku dan sampan ditarik ke teratai tersebut. Hampir setengah jam bertarung akhirnya ikan berjaya melepaskan diri dengan hampir meluruskan mata kail pada gewang.

Toman bujang  2.3 kg
Aku kembali ke tebing tasik untuk menukar mata kail yang telah dirosakkan oleh toman tadi. Aku membuat beberapa lontaran dari tebing tasik. Hampir 30 minit melempar gewang dan akhirnya seekor toman menyambar gewang. Pertarungan hampir 4 minit dan aku berjaya menewaskan seekor toman bujang yang beratnya hampir 2.3 kg.
Toman
Lebih kurang jam 1.00 petang suasana kolam mula berangin. Keadaan bergini tidak  sesuai untuk memancing toman dipermukaan terbuka. Aku pun malas nak pergi ke kawasan teratai sebab aku dah parking sampan. Jadi aku menamatkan sesi kali ini dengan seekor toman bujang dan dilepaskan kembali untuk generasi akan datang.




No comments:

Post a Comment

Post a Comment