Assalamualaikum dan salam sejahtera... Cuti sekolah pada bulan Mac yang lepas adik ipar telah melangsungkan perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan. Pada mulanya aku cuma nak balik Pasir Mas 3 hari sahaja, namun atas hasutan orang rumah menyebabkan aku terpengaruh dan balik sehingga 5 hari.
Memandangkan 5 hari merupakan tempoh waktu yang panjang, maka aku membawa 1 set pancing untuk menghindari aku mengalami kebosanan yang melampau di kampung nanti.(kalau tak bosan pun aku pergi mancing jugak hee..hee..)
Lubuk yang terbentuk daripada anak sungai yang kering |
Kami sampai di Pasir Mas pada pagi isnin dan perkahwinan akan diadakan pada keesokan harinya. Sebaik sahaja selepas asar aku mula tak tentu arah, joran terus dicapai dan aku memandu kereta tanpa hala tuju. Aku tak tahu dekat mana nak cari lubuk sebab ini kali pertama aku memancing di Pasir Mas. Aku menyusuri jalan Pasir Mas-Tanah Merah, sampai di kampung Pengkalan Rambutan aku ternampak satu kawasan yang berpotensi.
Haruan |
Kawasan tersebut lebih kepada anak sungai yang kering dan terdapat beberapa kolam yang terputus antara satu sama lain. Aku melempar Soft frog namun tiada sebarang tindak balas dari penghuni kolam. Memandangkan tidak mendapat sambutan dengan top water action, aku menggunakan soft plastic pula. Aku menyusuri tebing kolam dan melempar soft plastic diantara pokok teratai. 5 kali melempar soft plastic tiba-tiba seekor haruan menyambar soft plastic dan meloncat ke udara.
Haruan |
Aku membuat satu sentapan dan pertarungan berlaku, haruan menjunam
menuju ke bawah terarai namun aku berjaya menegangkan tali untuk
menghalangnya lari lebih jauh kebawah teratai.
Soft Plastic (SP) |
Setelah dikeluarkan soft plastic dari mulut haruan, aku dapati ianya telah koyak dan tidak boleh diggunakan lagi. Memandangkan hari pun hampir senja aku membuat keputusan untuk balik, sebab malam ni nak kena tolong orang kampung pasang khemah.
*Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 2) akan di update pada entry akan datang.
asslamualaikum
BalasPadambang saya nk tanya
tentang Fish Valley?
ada rule and regulation ke nk mancing kat sana?
Ada bayaran ke x?
Waalaikumsalam.. Kolam buka dari jam 7.00am hingga jam 7.00 pm. Harga untuk satu hari ialah:RM40.00. Tapi kalau nak mancing dari jam 7.00am hingga 12 t/hari bayar RM30.00 sahaja.
PadamPerambut cabang 2 atau 1 sahaja boleh digunakan. Mata 3 tidak dibenarkan.
Spring dibenarkan tapi kena guna 1 mata @ 2 mata sahaja.
Perambut cable juga tidak dibenarkan.
Gripper tidak dibenarkan, menggunakan tangguk amat digalakan.