Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Seperti yang dijanjikan  dalam Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 1), kali ni aku update pulak lubuk yang aku terjah dihari kedua aku kat Pasir Mas.

Hari selasa, adalah hari berlangsungnya perkahwinan adik ipar aku. Biasa lah dari malam tadi sampai ke pagi, aku, sedara-mara orang rumah dan jiran-jiran sibuk membuat persiapan untuk majlis kenduri tersebut. Sepanjang tempoh persiapan tu aku pun sembang-sembang lah dengan jiran-jiran dan sedara-mara orang rumah aku, mana lah tahu dorang tahu port-port mancing kat Pasir Mas ni.

Adik ipar kahwin

Hasil usaha aku yang ringan mulut bertanya akhirnya berjaya, rupanya Pak Usu orang rumah aku kaki jaring dan menjala  ikan. Dia bagi tahu aku antara port-port dia tangkap ikan. Selepas asar majlis kenduri pun selesai, apa lagi aku terus pergi port yang Pak Usu tu cakap.

Lubuk ikan
Port ni memang cantik, ada kawasan yang airnya mengalir deras dan ada kawasan yang airnya tenang serta terdapat pokok teratai. Aku pergi ke kawasan air yang agak jernih dan airnya mengalir deras. Aku menggunakan spoon dan sebarau adalah sasaran aku. Namun tidak ada sebarang sambaran.

Haruan
Aku beralih pula kekawasan yang tenang dan terdapat pokok teratai, aku menggunakan soft frong sebagai umpan. 30 minit melempar umpan terdapat satu sambaran namun ikan berjaya melepaskan diri. Aku terus melempar soft frog dan  sekali lagi sambaran dari bawah teratai. Kali ini aku tidak melepaskan peluang, aku terus menyentap joran dan ikan berenang laju ke bawah teratai.

Haruan
Aku terus menarik joran namun ikan tidak mahu bergerak. Aku pergi kearah yang bertentangan dan akhirnya berjaya memaksa ikan keluar dari bawah teratai.

*TQ Pak Usu sebab bagi tahu port baik..
*Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 3) akan di update pada entry akan datang.



Fish Valley Siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dah lama tak memancing kat kolam ni, last pun tahun lepas bulan Disember. Minggu lepas aku datang sorang-sorang kat sini, kononnya nak dapatkan lesen casting dekat Fish Valley untuk tahun 2014.


Aku sampai kat kolam ni pun dalam jam 3.00 petang, maksudnya ada masa lagi 4 jam untuk aku memancing sebelum kolam ni tutup jam 7.00 malam.

Dua jam aku casting namun sekor ikan pun aku tak dapat. Untuk mengelakkan aku terus diselubungi "kekumpauwan melampau", aku menukar teknik dari casting ke teknik bottom.

Pacu 4.5 kg
Hasilnya memang menjadi. Baru 10 minit melempar umpan, aku berjaya menewaskan seekor pacu yang beratnya 4.5 kg.
Pacu 4 kg
Kemudian seekor lagi pacu berjaya aku tewaskan

Baung 3 kg
Selang beberapa minit selepas pacu kedua, aku berjaya menewaskan seekor baung.

Pacu 4 kg

Hampir jam 6.30 petang, seekor lagi pacu berjaya aku tewaskan. Keseluruhannya, dalam masa hampir dua jam aku berjaya menewaskan 3 ekor pacu dan seekor baung. Beberapa ekor lagi pacu berjaya melepaskan diri dengan memutuskan perambut.


Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Cuti sekolah pada bulan Mac yang lepas adik ipar  telah melangsungkan perkahwinan  di Pasir Mas, Kelantan. Pada mulanya aku cuma nak balik Pasir Mas  3 hari sahaja, namun atas hasutan orang rumah menyebabkan aku terpengaruh dan balik sehingga 5 hari.

Memandangkan 5 hari merupakan tempoh waktu yang panjang, maka aku membawa 1 set pancing untuk menghindari aku mengalami kebosanan yang melampau di kampung nanti.(kalau tak bosan pun aku pergi mancing jugak hee..hee..)

Lubuk yang terbentuk daripada anak sungai yang kering
Kami sampai di Pasir Mas pada pagi  isnin dan perkahwinan akan diadakan pada keesokan harinya. Sebaik sahaja selepas asar aku mula tak tentu arah, joran terus dicapai dan aku memandu kereta tanpa hala tuju. Aku tak tahu dekat mana nak cari lubuk sebab ini kali pertama aku memancing di Pasir Mas. Aku menyusuri jalan Pasir Mas-Tanah Merah, sampai di kampung Pengkalan Rambutan aku ternampak satu kawasan yang berpotensi.
Haruan
Kawasan tersebut lebih kepada anak sungai yang kering dan terdapat beberapa kolam yang terputus antara satu sama lain. Aku melempar Soft frog namun tiada sebarang tindak balas dari penghuni kolam. Memandangkan tidak mendapat sambutan dengan top water action, aku menggunakan soft plastic pula. Aku menyusuri tebing kolam dan melempar soft plastic diantara pokok teratai. 5 kali melempar soft plastic tiba-tiba  seekor haruan menyambar soft plastic dan meloncat ke udara.

Haruan
Aku membuat satu sentapan dan pertarungan berlaku, haruan menjunam menuju ke bawah terarai namun aku berjaya menegangkan tali untuk menghalangnya lari lebih jauh kebawah teratai.

Soft Plastic (SP)
Setelah dikeluarkan soft plastic dari mulut haruan, aku dapati ianya telah koyak dan tidak boleh diggunakan lagi. Memandangkan hari pun hampir senja aku membuat keputusan untuk balik, sebab malam ni nak kena tolong orang kampung pasang khemah.

*Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 2) akan di update pada entry akan datang.