Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip Light Jigging Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Selain dari casting. Jigging juga merupakan salah satu teknik memancing yang aku suka. Pada awal bulan November aku telah "diracun" oleh Chef Endrawan untuk menyertai trip light jigging di perairan Port Dickson. Akibat termakan "racun" pekat dari beliau akhirnya aku sudi menyertai beliau untuk ke trip tersebut.

Shopping
Persediaan pertama, aku telah menerjah ke beberapa kedai di Lembah Klang untuk  membeli beberapa ketul metal jig.
Jig dan lure yang aku bawa
Ni antara metal jig yang aku beli, aku sediakan juga beberapa keping heavy jig  dan beberapa lure. Mana lah tahu tiba nak main casting pulak kan.
Chef Endrawan
Sebelum tu aku kenalkan ahli trip kami... Ini adalah ketua kepada trip kami, beliau ialah Chef Endrawan, beliau lah yang bertanggungjawab "meracun" aku supaya menyertai trip ini.
Herry
Ahli trip yang seterusnya ialah  Herry, beliau juga telah diracun  semasa  membeli rod second hand daripada Chef Endrawan.
Apek
Ini pulak antara tekong jigging terbaik di Port Dickson, beliau lebih dikenali dengan gelaran "Apek".
Aku
Ini pulak ahli trip yang paling handsome...heee..eee

Aksi Herry melawan asakan si Talang
Kami turun ke laut lebih kurang jam 9.00 pagi, 30 minit kemudia sampai ke lubuk pertama. Selang beberapa minit kelihatan boiling Talang dan Tenggiri dipermukaan air, kami melempar jig kearah boiling tersebut dan hasilnya Herry orang pertama yang memdapat strike..

Aku melawan Tenggiri
Setelah lucut pada strike yang pertama, aku memperkemaskan lagi teknik sentapan dan pengawalan kekili dan hasinya aku berjaya memperolehi lesen pertama jigging di Port Dickson.

Chef Endrawan melawan Talang
Kemudia ketua trip pula mendapat lesen... seekor Talang berjaya beliau tewaskan.

Talang yang ditewaskan oleh Chef Endrawan
Tekong terus menjejak boiling Talang dan Tenggiri.. kami berselang-seli menaikan hasil tangkapan.

Talang yang ditewaskan oleh Herry
Herry dengan Talang yang  berjaya beliau tewaskan..

Tenggiri yang aku tewaskan
Aku pula sempat bergambar dengan Tenggiri yang berjaya aku tewaskan. Tak banyak gambar yang sempat aku tangkap, sebab kami semua sibuk dengan aktiviti jigging, senang kata "tak menang tangan" nak melayan sentapan dari Talang dan Tenggiri.

Ini lah hasil keseluruhan tangkapan kami pada trip kali ini. 16 ekor Tenggiri dan 20 ekor Talang. Yang terlepas tak sempat nak kira entah berapa belas ekor.


Alhamdulillah...secara keseluruhanya aku amat berpuas hati dengan trip kali ini, terima kasih pada Chef Endrawan kerana "meracun" aku supaya menyertai beliau ke trip ini.Terima kasih juga kepada ahli trip yang lain iaitu Herry dan terima kasih kepada Apek selaku tekong yang cukup berpengalaman dan tidak lokek berkongsi ilmu..

Terjah lubuk haruan di KLIA 2 akan di update pada entry akan datang...












Terjah Lubuk haruan Penang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Dua minggu selepas aku balik dari terjah lubuk haruan di Machang aku pergi pula terjah lubuk haruan di Penang. Terjahan kali ini adalah diatas pelawaan adik aku yang menetap di Penang.

Lubuk "Sang Bedal"
Terjahan kali ini dilakukan selama dua hari, hari pertama aku terjah beberapa lubuk haruan di Seberang Jaya, lubuk "sang bedal" adalah lubuk pertama yang aku terjah, hasilnya "kumpau" sebab takut kena bedal, aku memancing sekejap sahaja..

Haruan bersaiz juvana
Setelah kumpau di lubuk sang bedal aku terjah pula beberapa lubuk di Permatang Pauh, hasilnya 3 ekor haruan bersaiz curut berjaya aku perolehi.

Lubuk "Karpet Hijau"
Setelah hampir kumpau dihari pertama, hari kedua aku komplot dengan adik aku. Beliau membawa aku ke tempat yang beliau biasa memburu sikepala ular. Tempat pertama adalah di Sg Lokan, tempat memang menarik. Permukaan air dipenuh dengan "karpet" hijau.

Haruan bersaiz juvana

Haruan bersaiz juvana
Setiap  dua atau tiga kali lontaran pasti ada yang menyambar, cuma saiznya antara 350g hingga 700g sahaja.
Antara lubuk yang diterjah
Kami meneruskan terjahan, beberapa lubuk haruan kami temui, ada yang berpenghuni dan ada juga yang kosong bergitu sahaja.


Parit yang berpenghuni
Terjahan diteruskan hingga ke Kg Manggis dan kg Tok Sani, beberapa parit kami terjah,banyak juga sambaran yang diperolehi, tetapi cuma 3 ekor yang bersaiz curut berjaya ditawan. 

Parit yang berpenghuni
Terjahan diteruskan hingga ke Sg Dua dan Sg Perai, banyak juga parit dan paya yang dijumpai.

Lubuk Air Hitam
Antara paya yang paling banyak hasilnya, kami namakan lubuk air hitam

Double strike di lubuk Air Hitam
Double strike, kebanyakan haruan bersaiz sederhana, namum tidak sombong untuk menyambar gewang.


Antara hasil di lubuk Air Hitam
Antara hasil tangkapan di hari kedua, 8 ekor haruan diperolehi dalam tempoh 1 jam 30 minit di lubuk air hitam.

Secara keseluruhannya  terjahan kali in kami berjaya memperolehi 22 ekor ikan haruan, tangkapan paling banyak di hari kedua iaitu di lubauk air hitam. Banyak juga "miss call" sebab haruan yang menyambar bersaiz kecil, sekiranya menggunakan umpan kata hidup mungkin peluang untuk terlepas adalah tipis.

Trip Light Jigging Port Dickson akan di update pada entry akan datang...