Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Selain dari casting. Jigging juga merupakan salah satu teknik memancing yang aku suka. Pada awal bulan November aku telah "diracun" oleh Chef Endrawan untuk menyertai trip light jigging di perairan Port Dickson. Akibat termakan "racun" pekat dari beliau akhirnya aku sudi menyertai beliau untuk ke trip tersebut.
Shopping |
Persediaan pertama, aku telah menerjah ke beberapa kedai di Lembah Klang untuk membeli beberapa ketul metal jig.
Jig dan lure yang aku bawa |
Ni antara metal jig yang aku beli, aku sediakan juga beberapa keping heavy jig dan beberapa lure. Mana lah tahu tiba nak main casting pulak kan.
Chef Endrawan |
Sebelum tu aku kenalkan ahli trip kami... Ini adalah ketua kepada trip kami, beliau ialah Chef Endrawan, beliau lah yang bertanggungjawab "meracun" aku supaya menyertai trip ini.
Herry |
Ahli trip yang seterusnya ialah Herry, beliau juga telah diracun semasa membeli rod second hand daripada Chef Endrawan.
Apek |
Ini pulak antara tekong jigging terbaik di Port Dickson, beliau lebih dikenali dengan gelaran "Apek".
Aku |
Ini pulak ahli trip yang paling handsome...heee..eee
Aksi Herry melawan asakan si Talang |
Kami turun ke laut lebih kurang jam 9.00 pagi, 30 minit kemudia sampai ke lubuk pertama. Selang beberapa minit kelihatan boiling Talang dan Tenggiri dipermukaan air, kami melempar jig kearah boiling tersebut dan hasilnya Herry orang pertama yang memdapat strike..
Aku melawan Tenggiri |
Setelah lucut pada strike yang pertama, aku memperkemaskan lagi teknik sentapan dan pengawalan kekili dan hasinya aku berjaya memperolehi lesen pertama jigging di Port Dickson.
Chef Endrawan melawan Talang |
Kemudia ketua trip pula mendapat lesen... seekor Talang berjaya beliau tewaskan.
Talang yang ditewaskan oleh Chef Endrawan |
Tekong terus menjejak boiling Talang dan Tenggiri.. kami berselang-seli menaikan hasil tangkapan.
Talang yang ditewaskan oleh Herry |
Herry dengan Talang yang berjaya beliau tewaskan..
Tenggiri yang aku tewaskan |
Aku pula sempat bergambar dengan Tenggiri yang berjaya aku tewaskan. Tak banyak gambar yang sempat aku tangkap, sebab kami semua sibuk dengan aktiviti jigging, senang kata "tak menang tangan" nak melayan sentapan dari Talang dan Tenggiri.
Ini lah hasil keseluruhan tangkapan kami pada trip kali ini. 16 ekor Tenggiri dan 20 ekor Talang. Yang terlepas tak sempat nak kira entah berapa belas ekor.
Alhamdulillah...secara keseluruhanya aku amat berpuas hati dengan trip kali ini, terima kasih pada Chef Endrawan kerana "meracun" aku supaya menyertai beliau ke trip ini.Terima kasih juga kepada ahli trip yang lain iaitu Herry dan terima kasih kepada Apek selaku tekong yang cukup berpengalaman dan tidak lokek berkongsi ilmu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan