Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Terjah lubuk haruan di KLIA 2

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru..Dah bulan Februari baru aku nak ucapkan selamat tahun baru...Sorry geng awal-awal tahun memang agak busy. Ok lah  seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, kali ni aku update pula kisah aku "Terjah lubuk di KLIA2".

Kelengkapan Perang
Terjahan kali ini aku lakukan seorang diri, aku melakukan persiapan dari malam sebelumnya. Aku membawa satu rod Berkley Frenzy 8-20lb digabungkan dengan kekili low profile baticaster dari team seahawk bass infinity 103l dan aku bawa satu  reel jenis spining sebagai back up.

Belalang Tempur
Ni lah belalang tempur yang selalu aku gunakan untuk terjahan-terjahan solo aku. Guna motor senang sikit, banyak tempat boleh pergi.

Lubuk haruan di KLIA 2
Ini antara lubuk yang aku terjah..
Lubuk haruan di KLIA 2
Lubuk kedua yang aku terjah

Lubuk haruan di KLIA 2
Lubuk ketiga..
Lubuk haruan di KLIA 2
Lubuk keempat
Lubuk haruan di KLIA 2
Lubuk kelima
Lubuk haruan di KLIA 2
Sebenarnya hampir berbelas lubuk yang aku terjah.. mana lubuk yang aku rasa berpotensi pasti aku terjah..
 Haruan KLIA 2
Ini lah antara hasil yang aku perolehi, haruan ni berjaya aku perdayakan dengan propeller frog.

 Haruan KLIA 2
Dua ekor haruan berjaya diperolehi dengan menggunakan propeller frog.

 Haruan KLIA 2
Haruan "curut" (kecil) ni berjaya aku  tewaskan dengan Soft Plastic (SP) berbentuk cacing dan aku custome dengan menambah bulu yang berkilat dihadapanya..
 Haruan KLIA 2
Dengan menggunakan SP ni banyak juga haruan "curut" berjaya aku tewaskan.

 Haruan KLIA 2
Kesemua haruan yang berjaya aku tangkap aku lepaskan semula sebab saiznya terlalu kecil untuk dibawa balik. Secara keseluruhannya aku berjaya menewaskan 8 ekor haruan curut. Manakala 2 ekor haruan berjaya melepaskan diri semasa pertarungan. Mungkin sebab mata kail tak betul-betul kena pada mulutnya.

Casting di Wetland Putrajaya akan di update pada entry akan datang...