Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru..Dah bulan Februari baru aku nak ucapkan selamat tahun baru...Sorry geng awal-awal tahun memang agak busy. Ok lah seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, kali ni aku update pula kisah aku "Terjah lubuk di KLIA2".
Kelengkapan Perang |
Terjahan kali ini aku lakukan seorang diri, aku melakukan persiapan dari malam sebelumnya. Aku membawa satu rod Berkley Frenzy 8-20lb digabungkan dengan kekili low profile baticaster dari team seahawk bass infinity 103l dan aku bawa satu reel jenis spining sebagai back up.
Belalang Tempur |
Ni lah belalang tempur yang selalu aku gunakan untuk terjahan-terjahan solo aku. Guna motor senang sikit, banyak tempat boleh pergi.
Lubuk haruan di KLIA 2 |
Ini antara lubuk yang aku terjah..
Lubuk haruan di KLIA 2 |
Lubuk kedua yang aku terjah
Lubuk haruan di KLIA 2 |
Lubuk ketiga..
Lubuk haruan di KLIA 2 |
Lubuk keempat
Lubuk haruan di KLIA 2 |
Lubuk kelima
Lubuk haruan di KLIA 2 |
Sebenarnya hampir berbelas lubuk yang aku terjah.. mana lubuk yang aku rasa berpotensi pasti aku terjah..
Haruan KLIA 2 |
Ini lah antara hasil yang aku perolehi, haruan ni berjaya aku perdayakan dengan propeller frog.
Haruan KLIA 2 |
Dua ekor haruan berjaya diperolehi dengan menggunakan propeller frog.
Haruan KLIA 2 |
Haruan "curut" (kecil) ni berjaya aku tewaskan dengan Soft Plastic (SP) berbentuk cacing dan aku custome dengan menambah bulu yang berkilat dihadapanya..
Haruan KLIA 2 |
Dengan menggunakan SP ni banyak juga haruan "curut" berjaya aku tewaskan.
Haruan KLIA 2 |
Kesemua haruan yang berjaya aku tangkap aku lepaskan semula sebab saiznya terlalu kecil untuk dibawa balik. Secara keseluruhannya aku berjaya menewaskan 8 ekor haruan curut. Manakala 2 ekor haruan berjaya melepaskan diri semasa pertarungan. Mungkin sebab mata kail tak betul-betul kena pada mulutnya.
Casting di Wetland Putrajaya akan di update pada entry akan datang...
Esok nak try mancing belah2 sana. Boleh share location
BalasPadam