Assalamualaikum dan salam sejahtera... setelah hampir sebulan menyepi tanpa sebarang aktiviti memancing. Pada 11 Disember 2011 saya telah kembali kearena memancing tanah air. Sebagai permulaan trip saya kali ini, saya terlebih dahulu pergi ke pasar borong Selayang bagi mendapatkan ikan keli. Ini kerana target saya pada hari ini ialah spesis yang sering menghantui perairan empangan Batu...
 |
Pasar Borong Selayang |
 |
Toman |
Inilah target saya.....Toman atau nama saintifiknya
Channa micropeltes....
 |
Empangan Ulu Yam |
Suasana pagi yang tenang.... kadang-kala kelihatan percikan air ditengah empangan, mungkin ikan spesis permangsa sedang memburu mangsanya ataupun ikan yang besar sedang mengambil nafas...
 |
Kayak |
Tiba - tiba saya ternampak sebuah kayak...maka terlintaslah difikiran saya satu idea yang bernas (atau gila), mungkin saya boleh berkayak dan melepaskan umpan di tengah empangan...
 |
Kayak |
 |
Berkaya ditengah Empangan |
Maka, saya memperatikkan idea saya yang bernas tadi...saya berjaya melepaskan umpan saya ditengah empangan....
 |
Tilapia |
Setelah hampir 4 jam menunggu....umpan keli saya masih belum diragut si Toman... maka terpaksalah saya menukar target saya, daripada memancing Toman kepada memancing Tilapia...
 |
Tilapia |
Nampaknya target saya memancing tilapia berjaya, dalam masa 1 jam sahaja saya berjaya menaikkan 6 ekor ikan Talapia merah...walaupun saya tidak mendapatkan seekor pun ikan toman, saya tetap berpuas hati kerana berjaya mengelakkan diri daripada menjadi "bangau" di empangan Batu Ulu Yam..
chit...mancing toman tak ngajak pun...
BalasPadamhi, i nak tanya tempat ini buka sepanjang tahun ke?
BalasPadamkawan i dgn i jarang pergi pancing... tapi kita ada interest nak pergi sana memancing.. apa tools kena bawa? dan macam mana pergi sana?
Tempat ni memang buka Sepanjang tahun...
PadamTools yg u kena bawa dependent teknik apa yang u nak gunakan dan ikan apa yg u nak pancing..
Mancing Toman:
1) Casting: Kebiasaannya guna Buzzbait,spinning bait, Pencil and Popper.
2) Bottom : Guna "Perambut Kabel" umpan daging ayam atau ikan.
3) Umpan Hidup (keli @ ikan Lampam): Perambut kabel @ Tangsi + pelampung.
4) Rod 8' atau lebih, senang nak baling jauh.
Mancing Tilapia, Keli & Lain2:
1) Bottom : Batu + Perambut tangsi, umpan roti, cengkerik, cacin, udang @ Dedak.
2)Floating: Pelampung+ perambut tangsi, umpan umpan roti, cengkerik, cacin, udang @ Dedak.
*Peralatan asas seperti long nose player, tanguk, pisau, gunting, rod stand, gripper dan alat penimbang juga diperlukan..
U search latitude and longitude 3.274823,101.690955 u akan jumpa tempat ni..TQ
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWah... best ni. Blk selayang kena mancing...
BalasPadam