Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Aku percaya ramai kaki pancing yang mempunyai akuarium.. Aku pun ada akuarium. Tiap - tiap pagi sebelum aku pergi kerja mesti aku bagi ikan aku makan, ikan aku pun dah tahu, jam 7.00 pagi jer dia dah main kat permukaan air... Tapi bila aku balik kampung nanti sapa nak bagi dia makan... kesian, takkan aku nak biarkan dia kebuluran...
Auto Feeder |
Ini dia "Auto Feeder" sebenarnya terdapat banyak jenis Auto Feeder dipasaran, tapi aku beli yang ni ajer lah, sebab yang di jer yang ada kat kedai tu (Hmm sebenarnya yang ni jer yang paling murah)...
Auto Feeder |
Memang mudah nak gunakan alat ni, cuma tekan button ON dan tekan button SET untuk set berapa kali kita nak bagi dia makan..cuma terdapat 2 pilihan sahaja, iaitu untuk feeder 12 jam sekali atau feeder 24 jam sekali.. jadi kalau nak bagi ikan makan tiga kali sehari atau lebih tak boleh lah. Alaa ikan zaman sekarang kena lah berdikari sikit, cari lah makanan kat celah-celah batu tu, ada yang tercicir tu...huu..huu..
Pacu dan Patin |
Ini lah ikan yang aku bela, ada 3 ekor pacu dan seekor patin...Tapi dalam gambar ni ada seekor Pacu dan Seekor Patin, sebab yang lain tu segan nak bergambar..
Pacu dan Patin |
Dengan adanya Auto Feeder ni senang lah sikit aku nak balik kampung, tak payah nak fikir pasal ikan kat rumah... lagi pun ikan tu tak pernah pun fikir pasal aku kat kampung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan