Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Sebarau Sungai Tanum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Trip memancing kali ni terjadi secara kebetulan. Ianya berlaku pada hujung bulan Februari dimana aku dalam perjalanan dari Gua Musang ke Putrajaya.

Aku bertolak dari Gua Musang lebih kurang jam 2.00 petang. Satu jam memandu sambil melayan lagu yang dimainkan oleh DJ radio tiba-tiba aku ternampak sebatang sungai yang jernih. Aku telah memberhentikan kereta dan meninjau-ninjau permukaan sungai bagi memastikan sama ada terdapat kelibat ikan atau sebaliknya. Setelah hampir 20 minit meninjau, aku ternampak kelibat anak ikan bermain di permukaan air. Sah kat tempat ni ada ikan, maka tanpa melengahkan masa aku terus mengambil joran yang memang sentiasa aku simpan di boot kereta.


Sungai Tanum
 Ini lah  sungai yang aku nyatakan tadi. Sungai ini lebih dikenali dengan nama sungai Tanum. 

Cacing
 Disebabkan pertama kali aku memancing disini dan ianya tidak dirancang, maka aku memang tidak membawa apa-apa bekalan umpan. Maka aku tiada pilihan, cacing adalah umpan yang paling mudah untuk dicari ditempat-tempat seperti ini. Dengan mengesan najis cacing dipermukaan tanah, hanya tiga kali mengali sahaja aku dah dapat 8 ekor cacing.

Sungai Tanum
Hampir dua jam aku menunggu umpan cacing diragut ikan, namun penantian aku hanya sia-sia. Maka sesi bergambar sorang-sorang terpaksa dilakukan bagi mengurangkan tahap kebosanan.

Spinning Spoon

Perkataan "Kumpau" telah bermain difikiran aku, adakah aku akan kumpau di sungai Tanum. Aku tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, maka aku telah menukar teknik dari teknik bottom kepada teknik casting.
Sebarau
Balingan pertama telah  disambar sebarau, mungkin sambaran tersebut tidak tepat, maka ikan tidak melekat di gewang. Bunga-bunga harapan telah berputik di hati aku, perkataan kumpau yang bermain difikiran aku tadi telah digantikan dengan perkataan "Sebarau".

Aku meneruskan balingan dibeberapa lokasi yang aku fikirkan strategik, entah yang keberapa kali balingan, tiba-tiba gewang aku disambar sebarau. Aku membalas dengan satu sentapan ringan  untuk memastikan mata gewang betul-betul melekat dimulutnya. Sebarau memecut kearah tunggul kayu, namun aku berjaya  menghalangnya dengan menambahkan tegangan pada tali. Akhirnya aku berjaya menewaskannya dalam masa tak sampai satu minit.. haha..haa.. cerita macam besar jer Sebarau tu, padahal lebih kurang tiga jari jer..

Bagi menyokong konsep "Tangkap dan Lepas" aku telah melepaskan semula Sebarau tersebut. Ianya juga bagi memeberi peluang kepada generasi pemancing akan datang untuk merasai peluang memancing Sebarau di sungai Tanum.

Tali Putus
Aku masih belum berpuas hati dengan tangkapan  tadi, maka aku meneruskan lagi aktiviti casting. Sedang aku menggarau gewang dan leka memandang ketempat lain, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu sentapan yang kuat pada gewang .Mesin menjerit kuat, tali keluar tanpa henti. Aku berusaha mengetatkan drag, namum ikan telah menyelinap masuk dicelah-celah dahan yang melintang didasar sungai. Setelah 30 minit menunggu dan menarik tali, aku masih belum berjaya mengeluarkan ikan dari celah-celah dahan, mungkin tali utama telah berpintal dengan dahan-dahan tersebut. Aku tiada pilihan lain, aku terpaksa menarik tali sekuat hati dan akhirnya tali terputus, maka berakhirlah aktiviti aku memancing di Sungai Tanum.








4 ulasan:

  1. bro, sungai tanum ni belah mana ye?

    BalasPadam
  2. Sg Tanum ni berhampiran dengan Felda Cegar Perah, Kuala Lipis. Cuba search 4.502928,102.001276 kat Goggle Map.

    BalasPadam
  3. Insyallah kalau ada kelapangan tuan aeryxz Harry.. sekarang ni saya tengah berkomplot casting area lembah klang..

    BalasPadam