Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Seperti yang dijanjikan dalam Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 4), kali ni aku
update pula hasil aku terjah lubuk haruan Pasir Mas pada hari ke lima dan merupakan hari terakhir aku di Pasir Mas sebelum pulang ke Putrajaya pada keesokkan harinya.
Tepat jam 7.00 pagi aku dah berada didepan rumah Pak Su. Pak Su pun teperanjat, dia ingatkan aku cuma cakap main-main jer semalam nak datang rumah dia jam 7.00 pagi. Jam 7.30 pagi kami bertolak dan lebih kurang jam 10.00 pagi kami sampai tempat semalam.
|
Parit |
Kali ni aku pergi ke parit yang jauh sedikit, sebab semalam aku tak sempat nak
casting kat sini.
|
Tali putus |
Aku terus melempar
Soft Frog, Sebaik sahaja menyentuh permukaan air,
soft frog terus disambar haruan. Haruan melarikan diri dibawah rumput, aku mengetatkan
drag dan tali utama terputus disebabkan tegangan yang melampau.(Habis
soft frog aku kena rembat dengan haruan)
|
Parit |
Aku berjalan menyusuri parit sambil melempar
soft frog dan beberapa ekor haruan berjaya aku tewaskan.
|
Parit |
Dekat parit ni aku dapat 2 ekor haruan bersaiz juvana.
|
Lopak air |
Terdapat juga lopak air atau kolam kecil diantara parit-parit tersebut, kebanyakan ikan haruan yang besar bersembunyi didalam lopak seperti ini.
|
Haruan |
Antara haruan yang berjaya aku tewaskan, tak banyak gambar yang sempat aku
snap sebab aku banyak menghabiskan masa dengan
casting.
|
Soft Frog |
Soft Frog yang paling banyak menewaskan haruan yang bersaiz juvana.
|
Hasil terjah lubuk haruan Pasir Mas hari ke lima |
Lebih kurang jam 3.00 petang kami bertolak balik, setiap seorang berjaya memperolehi hampir setengah guni haruan. Kesemua haruan yang di pancing pada hari ini dan yang semalam dikumpulkan untuk dijual oleh Pak Su kepada peraih di bandar Pasir Mas.
*Terima kasih Pak Su, nanti saya balik Pasir Mas, kita pergi mancing haruan lagi.
"Terjah lubuk di Pos Orang Asli Gua Musang" akan di update pada entry akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan