Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada hujung bulan Mei aku telah menyertai trip memancing di perairan Tioman. sasaran trip kali ini ialah untuk mencandat sotong.
Lebih kurang jam 9.00 pagi kami telah sampai di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Tanjung Gemuk. Kami terdiri daripada 14 orang ahli trip.Pak Tam (Planet Tackel) selaku main organizer telah membahagikan kami kepada dua kumpulan kecil.
 |
Jeti LKIM Tanjung Gemuk |
 |
Keluar dari muara |
Aku telah dikumpulkan bersama 8 orang ahli trip menaiki satu
bot, manakala Pak Tam bersama 6 orang ahli trip yang lain pula menaiki satu
lagi bot yang berasingan.
 |
Ahli Trip dari kanan Napi(Organizer), Ismet dan Hj. Makrof |
Sepanjang perjalanan ke lubuk pertama aku sempat mengambil gambar semua ahli trip. Dari kanan ialah Napi selaku ketua untuk kumpulan kami. Sebelah beliau ialah Ismet dan sebelah Ismet ialah bapa mentua beliau iaitu Hj. Makrof.
 |
Ahli trip Denis dan Amir |
Di bahagian depan bot pula ialah Denis dan dibelakang beliau ialah Amir.
 |
Firman |
Yang ini pula ialah Firman, beliau duduk dibahagian tepi bot.
 |
Chef Endrawan |
Dibahagia belakang pula ialah, aku dan partner setia aku iaitu Chef Endrawan, beliau ialah pakar jigging pada trip kali ini. kalau korang perasan pada gambar diatas, beliau menggunakan jig sebagai pemberat untuk mencandat sotong. Memang gila jig, nasib baik aku tak menjangkit penyakit gila jig daripada beliau.
|
Penulis bersama lesen pertama iaitu kerisi |
Ini ialah lesen pertama aku di perairan Tioman, Seekor kerisi sebagai pembuka trip kali ini. Dekat lubuk pertama ni memang banyak kerisi, boleh dikatakan kesemua ahli trip berjaya menaikkan kerisi.
 |
Kerapu |
Setelaha puas melayan kerisi, tekong membawa kami ke lubuk kerapu pula. Memang banyak kerapu dekat lubuk ni. Sekali turun apollo, 5 ekor kerapu berjaya dibawa naik.
 |
Kerapu |
Ismet juga tidak kurang hebatnya, penuh mata apollo dengan kerapu yang berjaya beliau naikkan.
 |
Kerapu |
Aku pun tak nak mengalah juga, dua ekor kerapu berjaya aku naikan. Namun jurugambar telah mensabotaj aku. Dia ambil gambar aku separuh jer, kalau tidak mesti kotang tak percaya aku dapat kerapu jugak kan..
 |
Menu tengah hari |
Menu makan tegah hari kami pada trip kali ini, iaitu asam pedas kembung dan kerisi goreng. Habis satu periuk nasi kami kerjakan.
 |
Pulau Tioman |
Pada sebelah malam bot kami melabuhkan sauh berhampiran dengan pulau Tioman, teknik bottom dengan umpan sotong dan jigging dengan jig 60g kebawah amat berkesan.
 |
Sotong |
Sotong memang banyak berhampiran dengan bot, tapi agak "liat" untuk menyentuh candat. Pelbagai jenis candat telah kami cuba, dari candat "mayat" hinggalah ke candat "payung" hanya beberapa kilo sotong sahaja berjaya kami perolehi.
 |
Ikan Alu-Alu |
Lebih kurang jam 3.30 pagi Alu-alu mula menyerang, ikan yang berjaya kami pancing hanya tinggal kepala sahaja apa bila dinaikan. Kami menukar perambut dawai bagi memancing alu-alu. Sotong yang dipancing sebelum ini dijadikan umpan. Kami menurunkan umpan dipertengahan air, hasilnya cukup memuaskan. Setiap kali umpan diturunkan pasti disambar alu-alu, bergitu juga dengan teknik jigging, setiap kali jig diturunkan pasti disambar alu-alu. Hasilnya hampir 30 ekor alu-alu berjaya kami tewaskan.
 |
Kerapu |
Keesokannya lebih kurang jam 2.00 petang kami bertolak balik ke jeti Tanjung Gemuk. Ini lah antara hasil tangkapan yang kami perolehi.
 |
Hasil Bot Pak Tam |
 |
Hasil Bot kami |
 |
Pembahagian hasil tangkapan |
 |
Makan tengah hari di rumah Joe |
Setelah selesai pembahagian hasil tangkapan, kami telah dipelawa oleh salah seorang ahli trip iaitu Joe untuk makan tengah hari di rumah beliau yang tidak jauh dari tanjung gemuk. "Seperti orang mengantuk disorongkan bantal", memang masa ni kami semua kebulur, entah berapa periuk nasi telah kami habiskan.
Terima kasih kepada Joe dan family kerana menjemput kami untuk makan tengah hari dirumah beliau.
 |
Bergambar dengan semua ahli trip |
Secara keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan trip kali ini. Walaupun pada awalnya kami merancang untuk mencandat sotong, namun disebabkan sotong agak lewat memasuki perairan Tioman, maka kami telah menukar sasaran kepada memancing ikan. Pelbagai spesies ikan berjaya kami naikkan dan kesemuannya dibahagi-bahagikan dengan sama rata, Alhamdulillah.
"Toman Juvana" akan di update pada entry akan datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan