Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Baru-baru ni ada kawan aku yang mengidam nak makan ikan toman, jadi beliau meminta aku untuk mendapatkannya.
Kebetulan aku pun dah lama tak menarik toman yang besar, jadi aku pun berusaha mendapatkan toman untuk beliau. Kebiasaanya aku menggunakan
teknik casting untuk mendapatkan toman, tapi kali ni aku menggunakan
teknik bottom. Potensi untuk mendapatkan toman yang besar lebih tinggi jika
menggunakan teknik ni, sebabnya aku boleh menggunakan pelbagai jenis umpan dan aku juga boleh menggunakan banyak joran (lagi
banyak joran lagi tinggi peluang untuk mendapat ikan) dan aku cuma
perlu tunggu sehingga toman memakan umpan.
|
Perambut Toman |
Disebabkan aku dah lama tidak menggunakan teknik
bottom, maka aku membuat persediaan lebih rapi. Aku menggunakan mata kail bercabang tiga dan diikat dengan
cable sebagai perambut.
|
Perambut Toman |
Ini lah perambut yang aku gunakan untuk memancing toman nanti.
|
Perambut Toman |
Perambut toman yang telah siap...
|
Teknik memancing Toman |
Ini lah teknik aku memancing toman apabila menggunakan kaedah bottom. Selepas melempar umpan ditempat sasaran, aku akan meyelaras drag pada tahap yang sesuai, kemudian tali dibiarkan bebas keluar dari spool. Tali yang keluar tadi ditindih dengan apa-apa barang yang agak ringan. Tujuannya ialah apabila toman menyambar umpan, alat/barang yang menindih tali tadi akan terpelanting/bergerak. Tali akan keluar dan aku akan biarkan toman membawa umpan. Setelah aku yakin toman betul-betul telah memakan umpan barulah aku melakukan sentapan.
|
Toman |
|
Toman 4.59 kg |
Ini lah hasilnya, seekor toman yang berat hampir 4.59 kg berjaya aku perolehi. Maka tercapailah hajat kawan aku yang mengidam nak makan ikan toman.
"Terjah Lubuk haruan Machang" akan di update pada entry akan datang.
Fuh.. buncit toman tu. lama tak membotom toman. malas nak potong belut sebenarnya.
BalasPadamUpdate terbaru dari TC Casting jugra master 2014
Belut memang salah satu favorite toman Tejaoo wg, tapi kali ni saya tak guna belut. Saya guna umpan lain, umpan ni pun favorite jugak..
Padamsalam,,umpan ape ye abg pakai tu?
PadamMaaf lambat reply tuan haris.. saya guna umpan isi ayam..
PadamBlh tlg share umpan apa yg diguna
BalasPadamMaaf lambat reply .. saya guna umpan isi ayam..
Padamlokasi mne? boleh share x?
BalasPadamlokasi mne? boleh share x?
BalasPadamMaaf lambat reply...ni di Empangan Batu..
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBos boleh tunjuk cara letak umpan tak?
BalasPadamBoleh pm di fb saya Rizal Joran, nanti saya share gambar nak letak umpan..dekat comment ni tak boleh share gambar..
Padam