Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip Pulau Jarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Perairan Pulau Jarak merupakan salah satu lokasi memancing yang sering menjadi sebutan dikalangan kaki pancing. Oleh yang demikian kami telah membuat perancangan untuk menduga perairan pulau Jarak.

Ahli Trip

Trip kali ini diserati oleh 8 orang pemancing:
No 1 : Arul dari Puchong
No 2 : Aku dari Putrajaya
No 3 : Syahir dari Bandar Kinrara
No 4: Amir dari Sg Besar
No 5: Gendut dari Tanjung Karang
No 6: Asuan dari Salak Tinggi (Ketua trip)
No 7: Lan dari Seri Kembangan
No 8: Razif dari Kuantan


Lubuk dan kedalaman perairan pulau jarak
Walaupun aku telah beberapa kali menduga perairan pulau Jarak, namun trip kali ini agak berbeza dengan trip aku sebelum ni. Sebabnya trip kali ini kami akan bermalam dan kebanyakkan masa kami akan menggunakan kaedah bottom.Trip aku yang sebelum ini menggunakan kaedah jigging dan hanya menduga perairan Jarak pada siang hari dan kembali semula ke jeti pada sebelah petangnya.



Peralatan Perang

Ini lah peralatan perang yang kami bawa, ahli trip cuma 8 orang sahaja tetapi jumlah joran yang dibawa melebihi 20 set. Mungkin sebab semua terlalu bersemangat nak menduga perairan pulau jarak dan mungkin mereka takut joran mereka patah dikerjakan pemangsa perairan pulau jarak.

Sabar Menanti Tekong
Kami tiba di jeti 40 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, 1 jam menunggu namun kelibat bot masih tidak kelihatan. Ini menyebabkan rasa kurang senang dikalangan ahli trip. Asuan sebagai ketua trip dah beberapa kali menghubungi tekong namun tekong menyatakan beliau dalam perjalanan.

Bot trip kali ini
Dua jam selepas masa yang dijanjikan barulah tekong sampai.

Pemindahan peralatan kedalam bot
Kami memindahkan semua peralatan untuk memancing kedalam bot. Lagi cepat lagi bagus sebab semua dah tak sabar nak memancing ni.. naik jer atas bot aku terus meninjau keadaan bot, aku cari juga tekong punya fish finder. Rupanya tekong memang tiada fish finder, masa booking cakap ada fish finder. Rasa macam dah kena tipu pun ada, tapi sebab dah sampai dan ahli trip yang lain pun dah semangat nak mancing, jadi teruskan ajer la.

Pulau Jarak
Hampir 4 jam baru sampai ke pulau jarak. Kebanyakan ahli trip memang teruja sebab ini merupakan kali pertama mereka melihat dan ingin menduga perairan pulau jarak.

Asuan dengan lesen terumbu karang
Tekong parking bot di belakang pulau jarak, aku tanya tekong nak guna perambut macam mana, perambut berapa panjang. Tekong cakap guna ajer teknik apa pun, janji dapat ikan. Adoii..i tekong dah mula buat hal ni..tapi aku diam ajer laa..

Asuan orang yang pertama sekali strike.. aku ingat dia dapat ikan rupanya dapat terumbu karang. sudahnya siang tu kami semua kumpau..

Lesen bottom pulau jarak
Sebelah malam pula tekong parking sebelah depan pulau jarak. Parking pertama lansung tak da ikan, kemudian tekong pindah lubuk lain. Lubuk tu baru aku strike..
Tangkapan terbesar trip, merah 1.5kg
Kemudia aku strike lagi, kali ni aku dapat merah yang beratnya 1.5kg.

Asuan dengan lesen pulau jarak
Kemudian barulah Asuan dapat strike..
Arul dengan lesen pulau jarak
Diikuti pula Arul, kami bertiga duduk dibahagian depan bot, mana kala ahli trip yang lain duduk dibahagian belakang bot dan masih tidak mendapat seekor ikan  pun.

Kemudian tekong pindah lubuk, katanya sini kurang ikan sedangkan aku, Asuan dan Arul dah dapat 4 ekor ikan kat lubuk ni. Kami cuma mendiamkan diri dan berangapan mungkin tekong ada lubuk best.

Sampai ke lubuk baru, sekor ikan pun kami tak dapat. Tekong sedap layang tido sampai ke pagi..

Lan dengan teknik popping
Sebelah pagi Aku, Lan dan Arul awal dah ambil port baik untuk popping. Hampir 2 jam popping hanya popper Lan sahaja yang disambar pemangsa, namun nasib tidak menyebelahi beliau kerana sambaran tersebut tidak kena tepat pada popper beliau.

Bot-bot lain sudah mula meninggalkan lubuk dan ada bot yang menggunakan teknik trolling. Kami masih kat tempat yang sama dan ada antara ahli trip yang sambung tido semula.

Kembali semula ke jeti
Tengah hari kami semua bertolak balik ke jeti, kebanyakan ahli trip mengmbil kesempatan untuk tido dan aku tak boleh tido sebab dah tak da tempat nak landing.
Hasil trip pulau jarak
Ini lah hasil keseluruhan trip kami diperairan pulau jarak, ada juga ahli trip yang kecewa sebab tiada sekor pun ikan bersaiz mega, yang paling besar pun merah 1.5kg. Apa yang paling memeranjatkan kami ialah ikan yang dipancing oleh tekong dan awak2 semuanya mereka ambil dan kami cuma ambil ikan yang kami pancing sahaja. Sedangkan ikan yang kami perolehi dah lah sikit lepastu kena cukai pulak sebab awak2 nak buat lauk masa makan tadi. Ini lah lumrah apabila kita menjadi pemancing, kadang kala kita dapat hasil dan ada masanya pula kita tidak dapat hasil, jadi bersyukur lah dengan apa yang ada.

Casting di Wetland Putrajaya akan di update pada entry akan datang...
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan