Assalamualaikum dan salam sejahtera... baru-baru ini aku telah berkomlot bersama sifu peacoc bass tasik Prima Puchong iaitu Arul. Seperti yang dijanjikan aku telah sampai di rumah Arul tepat jam 8.00 pagi.
Fiber |
Setelah menyiapkan kelengkapan dan menaikkan fiber ke atas kereta, kami pun bertolak ke tasik Prima, dari rumah Arul hanya mengambil masa 15 minit untuk ke tasik prima. Setelah sampai kami sarapan dahulu di tepi tasik dan pada masa yang sama melihat permukaan tasik mana lah tahu nampak mama toman bawa anak..hee..ee
Aku dan Arul |
Disebabkan Arul lebih arif dengan selok-belok dan lubuk-lubuk peacock bass di tasik ini, jadi beliau telah menjadi tekong untuk mengemudi fiber.
Toman Juvana |
Menurut Arul pada awal pagi peacock bass agak kurang untuk menyambar gewang, jadi kami memilih untuk memburu toman. Disebabkan tiada seekor mama pun yang kelihatan kami telah memilih untuk melakukan blind cast di tebing tasik. Dan hasilnya aku strike seekor toman bersaiz juvana.
Arul dan Peacock Bass |
Matahari semakin panas, kelihatan beberapa ekor Peacock Bass boilling dipermukaan air, kami telah melontar gewang dan Arul orang pertama yang mendapat strike.
Peacock Bass Tasik Prima |
Peacock Bass Tasik Prima |
Peacock Bass Tasik Prima |
Dan lagi...dan lagi...lepas tu baru la Arul dapat tapi beliau tak nak ambil gambar sebab dapat kecil jer..hee..
Peacock Bass Tasik Prima |
Ini lah antara hasil komplot kami, 6 ekor Peacock Bass yang bersaiz dewasa berjaya kami perolehi, selebihnya kami lepaskan semula untuk meneruskan habitatnya di tasik Prima Puchong.
Trip Layaran Rompin akan di update pada entry akan datang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan