Assalamualaikum dan salam sejahtera... Dah lama tak strike toman, tangan pun dah teketar-ketar macam kena parkinson.Hujung minggu baru-baru ni aku telah menjelajah kembali ke salah satu tasik yang menjadi favorite aku untuk memburu toman.
Permukaan tasik yang beralun |
Nasib aku kurang baik sebab aku sampai lewat , aku sampai dalam jam 2.00 petang dan angin sudah mula bertiup kuat.Ini menyukarkan aku untuk melihat toman bermain dipermukaan air disebabkan permukaan air yang beralun.
Toman bersaiz juvana |
Disebabkan permukaan tasik yang beralun, maka aku menukar taktik dengan memburu toman di tebing tasik. Setelah 5 minit memerhati kawasan teratai dan berumput di tebing tasik, baru kelihatan toman-toman bersaiz juvana bermain diantara celah-celah teratai. Aku menggunakan gewang propeller frog. Gewang jenis ini memang sesuai untuk memikat toman-toman juvana.
CNR |
Hanya beberapa kali lontaran, aku berjaya menaikkan beberapa ekor toman saiz juvana. Catch and release diamalkan untuk mengekalkan populasi toman di tasik ini.
Toman 2 kg |
Aku menukar gewang kepada jenis soft frog yang agak besar. Sasaran aku ialah untuk memikat toman bersaiz dewasa yang bersembunyi di bawah teratai.
Toman 2 kg |
Taktik aku berjaya, setelah 20 minit melempar soft frog aku berjaya menarik perhatian seekor toman .Satu sambaran kuat menyebabkan tali utama keluar tanpa henti, toman terus menjunan ke bawah teratai dan menyebabkan tali utama berbelit dengan akar teratai.
Perasaan risau mula menghantui aku sebab agak sukar untuk menarik toman keluar daripada teratai. Kemungkinan tali utama putus adalah tinggi sekiranya berlaku kesilapan. Aku terpaksa menunggu sehingga toman betul-betul lemah dan kemungkinan peratusan tali tidak berbelit dengan teratai adalah tinggi, barulah aku menarik toman keluar dari bawah teratai. Akhirnya setelah 15 minit menunggu, aku berjaya menewaskan seekor toman seberat 2 kg.

Land Based Pulau Pangkor akan di update pada entry akan datang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan