Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ini adalah trip light jigging Port Dickson aku yang ke-3 bagi tahun 2015. Sebenarnya trip ni aku pergi pada bulan Mei, namun sekarang ni baru aku sempat nak entry dalam blog.
Seperti trip jigging Port Dickson kami yang lepas-lepas, kami akan berkumpul terlebih dahulu di Petronas Bangi (berdekatan dengan restoran Soho). Kami akan bertolah dan sampai ke Teluk Kemang lebih kurang jam 8.00 pagi. Sebaik sampai keadaan cuaca mendung dan hujan ditengah laut. Keadaan ini tidak sesuai untuk aktiviti memancing dan ditakuti akan berlakunya tiupan angin yang kuat dan akan menyebabkan alun yang tinggi serta merbahaya kepada pemancing.
Lebih kurang jam 10.00 pagi cuaca kembali cerah, mentari mula kelihatan di ufuk timur dan memberi sinar harapan kepada kami untuk memulakan aktiviti jigging. Setelah semua peralatan dimuatkan didalam boat tekong terus memecuk ke lubuk kapal karam. Kami menggunakan teknik vertical jigging namum keadaan agak hambar dimana tiada sebarang sambaran dari penghuni dasar.
Memandangkan tiada sebarang hasil tekong menukar lokasi, hampir tiga
lokasi berbeza kami cuba namun tiada sebarang hasil. Kemudia tekong
membawa kami ke satu lokasi yang agak jauh, tekong mengesyorkan kami menggunakan metal jig 40g-80g dan memasang 2 assist hook diatas dan 2 assist hook dibahagian bawah jig plate.
Hasilnya amat memeranjatkan, baru dua kali aku menurunkan jig terus disambar rakus penghuni dasar. Seekor merah berjaya aku tewaskan.
Seperti yang diketahui simerah akan makan dalam berkumpulan, kami semua menurunkan jig pada masa yang sama. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila tali mula bersilang antara satu sama lain. Sedang kami sibuk membetulkan tali yang bersilang, tekong mula menunjukkan kehebatannya, seekor merah berjaya beliau tewaskan.
Kemudian aku berjaya menewaskan seekor lagi merah dengan jig yang sama. Bergitu juga dengan ahli trip yang lain, dua ekor merah berjaya ditewaskan.
Aktiviti menjigging diteruskan lagi di lubuk yang sama, beberapa ekor talang juga berjaya ditewaskan, yang lepas pun banyak jugak. seekor ikan kaci berjaya aku tewaskan dikalangan simerah yang sedang rancak membaham jig.
Dalam perjalanan balik ke pangkalan kami singgah dibeberapa lubuk, hasilnya 4 ekor talang berjaya kami tewaskan.
Ini lah hasil keseluruhan trip kami, 5 ekor merah, 7 ekor talang, seekor gt dan seekor kaci berjaya kami perolehi.
Membina Fishing Rod Rack akan di update pada entry akan datang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan