Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Fish Valley Siri 6, Tongsan terkena Gewang

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada awal bulan September aku  turun ke Fish Valley untuk memperbaruhi lesen memancing dikolam tersebut. Kali ni aku turun pada pagi hari khamis, jadi aku terpaksa turun sorang-sorang sebab geng pencing  yang lain sibuk bekeja.



Jam 8.00 pagi di fish valley
Sebaik sahaja sampai, aku terus ambil port yang aku selalu lepak, kebetulan masa tu memang tak der lagi orang memancing kat situ. Kebanyakkannya pemancing lain memancing dihujung kolam. Aku menggunakan teknik bottom sebagai permulaan.

Keli 3.8 kg
Lesen pertama aku pada hari tersebut, seekor keli dengan berat 3.8 kg.

Pacu 4.2 kg
Selang beberapa minit selepas itu, aku mendapat ikan kedua. Seekor Pacu dengan berat 4.2 kg berjaya didaratkan. 
Kemudian diikuti dengan beberapa rentapan ganas, tetapi nasib tidak menyebelahi aku. Ini kerana ikan berjaya melepaskan diri dipertengahan pertarungan.

Set Casting
Tiga jam selepas itu ikan tidak sudi menjamah umpan. Aku menukar teknik daripada teknik bottom kepada teknik casting.
Tongsan 11.3kg
Setelah satu jam melempar dan menukar gewang, akhirnya gewang  aku disambar penghuni Fish Valley. Tali keluar tanpa henti, setelah hampir 35 minit bertarung akhirnya aku berjaya mendaratkan seekor tongsan sisik halus.


Tongsan 11.3kg

Setelah ditimbang didapati jarum penimbang menunjukkan angka 11.3kg, ini merupakan rekod terberat  bagi spesis tongsan yang pernah aku dapat.

Tangguk patah
Disebabkan aku sorang-sorang, memang terdapat masalah semasa ingin menaikkan ikan tersebut. Kebetulan pada masa itu ada seorang uncle (baru habis makan dekat restoran berdekatan) ternampak aku tengah bergelut ingin menaikkan ikan. Beliau membantu  menaikkan ikan tersebut, disebabkan kurang kemahiran (dan yang pasti uncle tu bukan kaki pancing) beliau tersilap langkah dan akibatnya tangguk aku patah. Walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kepada beliau kerana membantu.

keladak kesan dari ikan yang terlepas
Setelah berehat seketika aku menyambung semula aktiviti casting. 30 minit casting, sekali lagi gewang disambar ikan. Pergelutan berlaku hampir 5-6 minit. Sebaik sahaja sampai ditepi terbing, tiba-tiba ikan terlucut dari gewang. Aku pun tak tahu ikan apa, sebab ikan tak naik kepermukaan semasa pertarungan.

Secaraa keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan hasil pancingan pada hari tersebut walaupun banyak ikan berjaya melepaskan diri semasa pertarungan.






No comments:

Post a Comment

Post a Comment