Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada awal bulan September aku turun ke Fish Valley untuk memperbaruhi lesen memancing dikolam tersebut. Kali ni aku turun pada pagi hari khamis, jadi aku terpaksa turun sorang-sorang sebab geng pencing yang lain sibuk bekeja.
Jam 8.00 pagi di fish valley |
Keli 3.8 kg |
Lesen pertama aku pada hari tersebut, seekor keli dengan berat 3.8 kg.
Pacu 4.2 kg |
Selang beberapa minit selepas itu, aku mendapat ikan kedua. Seekor Pacu dengan berat 4.2 kg berjaya didaratkan.
Kemudian diikuti dengan beberapa rentapan ganas, tetapi nasib tidak menyebelahi aku. Ini kerana ikan berjaya melepaskan diri dipertengahan pertarungan.
Set Casting |
Tongsan 11.3kg |
Tongsan 11.3kg |
Setelah ditimbang didapati jarum penimbang menunjukkan angka 11.3kg, ini merupakan rekod terberat bagi spesis tongsan yang pernah aku dapat.
Tangguk patah |
Disebabkan aku sorang-sorang, memang terdapat masalah semasa ingin menaikkan ikan tersebut. Kebetulan pada masa itu ada seorang uncle (baru habis makan dekat restoran berdekatan) ternampak aku tengah bergelut ingin menaikkan ikan. Beliau membantu menaikkan ikan tersebut, disebabkan kurang kemahiran (dan yang pasti uncle tu bukan kaki pancing) beliau tersilap langkah dan akibatnya tangguk aku patah. Walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kepada beliau kerana membantu.
keladak kesan dari ikan yang terlepas |
Setelah berehat seketika aku menyambung semula aktiviti casting. 30 minit casting, sekali lagi gewang disambar ikan. Pergelutan berlaku hampir 5-6 minit. Sebaik sahaja sampai ditepi terbing, tiba-tiba ikan terlucut dari gewang. Aku pun tak tahu ikan apa, sebab ikan tak naik kepermukaan semasa pertarungan.
Secaraa keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan hasil pancingan pada hari tersebut walaupun banyak ikan berjaya melepaskan diri semasa pertarungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan