Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA 3/ 2013 DAN TIPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sirkit Pancing Putrajaya kembali lagi, kepada kaki-kaki pancing boleh lah turun beraksi sambil bersantai.

Poster Pertandingan
 Pelbagai acara sampingan turut disediakan antaranya :
  • Pesta Buku @ Yayasan Kepimpinan Perdana, 27 - 29 September 2013 (Adnan 03-88858940)
  • Putrajaya Lake and Wetland Explorace, 28 - 29 September 2013. (Normaliza 03-88877146)
  • Pertandingan Pidato Spontan (Nawar 03-88858968)
  • Arked dan Permainan Dalaman (Congkak, Catur dan Rubik's Cube) (Niza 03-88858954)
  • Tayangan Kartun di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana (Adnan 03-88858940 / Suliana 03-88858966)
  • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak pra-sekolah (Suliana 03-88858966)
  • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori, 7 - 9 tahun dan 10 - 12 tahun) (Nik Khusairie. 03-8887 7129) - [Muat turun Borang]
  • Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar (Putri 03-88877632) - [Muat turun Borang]
  • Memancing Udang (Suhailiza. 03-88877281) - [Muat turun Borang]
 Untuk keterangan lanjut lawati http://www.ppj.gov.my/cpnavigation/pancing

Lokasi Pertandingan
Lokasi Pertandingan
TIPS KE SIRKIT PANCING PUTRAJAYA

Kat sini aku nak kongsi sikit tips ke pertandingan memancing, ini pun hasil daripada penelitian yang aku buat.
  • Fahami syarat-syarat pertandingan, ini yang paling penting. Kena tahu bila nak daftar, nak daftar macam mana, bila tarikh tutup pertandingan, perambut macam mana boleh digunakan, umpan apa yang boleh digunakan. Kiraan mata juga adalah penting. rujuk : http://www.okisvr.com/pjcgp/images/syarat2013-03.pdf
  • Kalau nak mata tinggi kena lah target spesies-spesies ikan yang menyumbang 10 mata/kg. Tapi kena lah tahu umpanya dulu.
  • Buat risikan terlebih dahulu, pergi ketempat lokasi pertandingan bagi melihat sendiri keadaan. Mana lah tahu ternampak port-port yang disyahki lubuk ikan.
  • Datang awal, macam Sirkit pancing Putrajaya ni peserta dibenarkan memasang pancang 'Y' sehari sebelum pertandingan. Kalau boleh bawa khemah dan tido kat situ. Sebab tengah-tengah malam atau awal pagi ramai peserta datang nak booking port.
  • Kalau nak cantik datang dalam bentuk berkumpulan. Bukan apa, kalau datang sorang-sorang nanti buat penat jer booking tempat. Dah lah kita datang awal nanti peserta lain datang lewat terus jer menyelit kat tepi kita. Kalau kita datang dalam kumpulan, dah tentu parameter port tu kita yang punya.
  • Guna joran yang panjang. Lagi panjang lagi bagus. Sebab kebanyakan peserta akan guna joran yang panjang, senang nak lontar umpan jauh ke tengah tasik (Masa game nanti ikan memang main kat tengah tasik jer).
  • Kena sabar, kalau pergi ke pertandingan memancing macam ni tahap kesabaran memang kena tinggi. Tali bersilang memang dah menjadi lumrah. Sama ada kita melempar umpan atau peserta lain melempar umpan, kejadian tali bersilang pasti berlaku. Kadang-kadang bersilang sampai 6 hingga 7 joran.
  • Bertawakal ajer lah, jangan lah berharap sangat nak menang. Beribu peserta lain turut memancing, ikan kat dalam tasik tu pun pening nak makan yang mana satu. Kalau ada rezeki dapat lah kalau takder kira bersantai ajer lah hari tu.
*Aku pun tak pernah menang Sirkit Pancing Putrajaya ni..huu..huu...


1 ulasan:

  1. Selamat memancing yer bro...kalau lapar..meh pekena nasi ayam pada hari kejadian dan sebelumnya (28 & 29hb) digerai saya tapak disitu... ajak gengs pakat makan reramai selepas penat memancing wpun tak 'pernah menang' hehehhee
    semoga kali nih ader ong ha..ikan besau! :)..adik saya pun mancing pada hari kejadian..every sirkit masuk tp xpenah menang...yang penting..MINAT mengatasi segala2nya...tui tak..all my family dr abah ke anak2 lelaki semua kaki pancing ;) see u there!!

    BalasPadam