Assalamualaikum dan salam sejahtera... Terlebih dahulu aku minta maaf sebab lewat update blog. Trip ni aku pergi pada awal bulan Mei, tapi sekarang baru nak update.. Sebenarnya trip ke Teluk Sisek tidak dirancang. Ianya berlaku secara kebetulan sebab aku memang ada tugasan di Kuantan. Pada mulanya aku ingin memancing dihadapan Kuantan Waterfron. Namun niat tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan tempat tersebut telah ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan.
Kebatulah patner aku Sham mencadangkan kami memancing di Teluk Sisek, sebab beliau pernah memancing disana sebelum ni. Lagi pun Teluk Sisek dalam lingkungan 5 km dari bandar Kuantan.
Kebatulah patner aku Sham mencadangkan kami memancing di Teluk Sisek, sebab beliau pernah memancing disana sebelum ni. Lagi pun Teluk Sisek dalam lingkungan 5 km dari bandar Kuantan.
Mencari lokasi yang sesuai |
Setibanya di Teluk Sisek, kami terus mencari lokasi yang dirasakan sesuai. Kami terpaksa berjalan jauh sedikit bagi mendapatkan kawasan yang agak dalam, ini kerana kebanyakan struktur pantainya adalah mendatar dan cetek.
Berehat seketika sambil bergambar |
Hampir 400m menyusuri pantai baru lah jumpa tempat yang sesuai.
Hasil pertama |
Ikan pertama yang aku dapat "Buntal". Ok lah janji dapat lesen..Kemudia lansung tiada sebarang sentapan sampai lah ke senja.
Pari Daun |
Dalam lingkungan jam 8.00 mlm umpan masih tidak diusik ikan. Tiba-tiba joran Sham melentur, mesin menjerit tanpa henti. Beliau membalas dengan satu sentapan, maka bermulalah aksi pertarungan. Setelah 2 minit bertarung, ikan tiba-tiba "membekukan" diri. Melihat kepada aksi tersebut kami dapat mengagak ini kerja si Pari. Kemudian ikan bergerak semula dan akhirnya Sham berjaya menewaskan seekor Pari Daun.
Sembilang |
Pari Bakar |
Sembilang dan Gelama gorang sambal |
Dalam perjalanan balik ke hotel kami telah singgah ke restoran untuk makan malam. Menunya dah tentulah Pari bakar serta Sembilang dan Gelama gorang sambal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan