Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Lengoh Tangan di Fish Valley

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pertengahan bulan Jun aku dan Farid telah berkomplot untuk memancing di Fish Valley. Mengikut perancangannya kami akan berjumpa di Fish Valley pada jam 8.00 am. tapi macam biasa mesti aku yang sampai dulu.

Lesen
Aku sampai di Fish Valley lebih kurang jam 8.30am, aku ingat aku orang pertama memancing pada hari tu.. Rupa-rupanya dah ada dua orang tengah memancing. Aku tanya dia start memancing jam berapa ? dia cakap, dia sampai jam 7.00 pagi. Selidik punya selidik rupanya rumah dia kat area sini jer, patut lah boleh sampai awal. Aku tanya dia "dah dapat ker..?". Dia cakap "Belum lagi, kami tiap-tiap minggu memancing kat sini. Selalu time macam ni banyak dapat.

 Lesen pertama aku pada hari ini ialah Baung.. Lebih kurang jam 9.00 pagi aku dapat lesen ni..

Lee Koh
Satu jam selepas aku dapat Baung tadi, aku dapat Lee Koh pulak. Dua orang pemancing yang datang awal tadi, tengok jer.. lepas tu kemas barang terus pindah tempat lain.  Mungkin "angin" sebab dah 3 jam tunggu masih kumpau, aku baru sampai dah dapat dua ekor.

KEHADIRAN FARID

Pacu
Lebih kurang jam 11.30 pagi Farid baru sampai. 30 minit selepas tu beliau terus dapat lesen seekor Pacu seberat 7.50 kg. Aku terus mengesyaki beliau menggunakan umpan rahsia beliau. Tanpa melengahkan masa aku terus mengepau umpan beliau.

Keli dan Pacu
Hasilnya aku dapat seekor keli dan seekor pacu.. Dan beberapa kali perambut aku putus dikerjakan si pacu.. memang power umpan rahsia si Farid ni..

Belida Bintang
Tengah aku layan tarik Pacu, tiba-tiba joran farid melentur.. beliau menyetap joran dan siperagut umpan melompat keudara..setelah beberapa kali melompat akhirnya siperagut umpan tewas di tangan si Farid. Beliau berjaya mendaratkan seekor belida bintang..

KEHADIRAN REX RAFID

Lebih kurang jam 4.30 petang aku dapat call daripada Rex Farid. Rupa-rupanya beliau on the way ke Fish Valley. Beliau sekadar datang untuk melepak dengan aku sebab dah lama tak jumpa.



Double Strike
Pada mulanya Rex Farid sekadar nak melepak sahaja, tapi diseababkan dua joran disentap ikan pada masa yang sama dan terpengaruh dengan hasutan aku dari awal lagi. Akhirnya belau terjebak juga melayan joran.

Keli

Pacu


Keli
Kemudia giliran aku pulak dapat keli..

Baung
Kemudia giliran aku lagi... kali ni dapat Baung pulak... Kedua-dua Farid sekadar melihat sahaja huu...huu..

Baung
Lebih kurang jam 6.00 petang kami guna teknik casting. Memang banyak sambaran yang diperolehi, ada yang tali sampai habis ditarik si ikan. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kami dimana hanya Farid seorang sahaja yang berjaya mendaratkan ikan dengan teknik casting.

Secara keseluruhannya komplot kali ini amat berbaloi.. Memang banyak ikan yang berjaya didaratkan.. tali utama dan tali perambut putus tak terkira berapa kali.. mata kali patah dan pin terbuka pun terjadi jugak. senang kata ... "Lengoh Lah Tangan".




1 ulasan: