Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada awal bulan November aku telah berkomplot dengan dua orang sahabat iaitu Farid dan Zamree untuk memancing di kolam Fish Valley. Komplot kali lebih kepada untuk memperkenalkan Zamree dengan aktiviti memancing ikan di kolam air tawar. Sebab beliau baru sahaja berpindah dari Labuan dan jarang memancing ikan air tawar.
Belida 2.3 kg |
Kami sampai di Fish Valley lebih kurang jam 10.00 pagi. Lebih kurang 30 minit selepas melempar umpan, Farid terus mendapat ragutan pertama. Sentapan dibuat dan kelibat seekor ikan yang leper dan panjang melompat dipenjuru kolam. Setelah bertarung hampir 4 minit akhirnya Farid berjaya menewaskan seekor ikan belida yang beratnya 2.3kg
Pacu 2 kg |
Kemudia joran Zamree pula melentur, sentapan dibuat dan pertarungan bermula. 5 minit selepas itu beliau berjaya menewaskan seekor pacu seberat 2 kg.
Pacu 5 kg |
Beberapa minit selepas itu joran Zamree melentur lagi. Spool mesin berbunyi tanpa henti. Ikan membawa lari tali hingga ketengah kolam. Pertarungan mengambil masa hampir 7-8 minit. Akhirnya seekor lagi pacu berjaya ditewaskan oleh Zamree.
Pacu 3.4 kg |
Ikan "frenzy" ditengah-tengah kolam. Kami melempar umpan ke arah kumpulan tersebut. Beberapa ekor berjaya ditewaskan, ada juga yang berjaya melepaskan diri. Aku juga berjaya menewaskan seekor pacu seberat 3.4 kg.
Lunch time |
Satu jam selepas itu suasana kolam menjadi tenang. Tiada sebarang sentapan dari mana-mana ikan. Kami mengambil kesempatan untuk merehatkan diri dan mengalas perut.
Keli 7.3kg |
Sedang aku menikmati makanan tengah hari, tiba-tiba spool mesin aku berbunyi kuat. Aku membalas dengan satu sentapan dan si ikan berenang meluru ketengah-tengah kolam. 5 minit bertarung, akhirnya renangan si ikan semakin perlahan namum masih belum menampakkan dirinya. Hampir 3 minit selepas itu barulah aku berjaya menewaskan seekor keli seberat 7.3kg.
khemah |
Lebih kurang jam 3.00 petang suasana semakin suram, keadaan kolam menjadi tenang tanpa ada riak ikan bermain dipermukaan kolam. Beberapa mini selepas itu hari mula hujan dan kami semua berteduh dibawah kanvas yang sebelum ini dijadikan alas untuk berehat.
Strike dalam hujan |
Jangkaan kami ikan tidak memakan umpan semasa hujan jauh meleset. Beberapa ekor pacu berjaya ditewaskan semasa hujan lebat. Kebanyakan ikan memakan umpan yang dilempar tidak jauh dari tebing.
Secara keseluruhannya komplot kali ini amat memuaskan, banyak juga ikan yang berjaya ditewaskan, terutamanya ikan pacu. Zamree yang sebelum ini memancing laut di Labuan juga teruja memancing ikan air tawar, sebab beliau sudah terkena "renjatan" tarikan ikan di Fish Valley.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan