Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada hujung bulan November aku telah menerjah secara solo ke sebuah tasik di Dengkil untuk memburu antara spesies ikan yang menjadi kegilaan kaki-kaki caster iaitu ikan toman.
Customized Buzzbait |
Beberapa hari sebelum ke tasik tersebut aku telah membuat persediaan terlebih dahulu. Aku telah customized beberapa peralatan menjadi "Buzzbait".
Air yang tenang jangan disangka tiada toman |
Jam 7.00 pagi aku sampai ke tasik tersebut. Aku memerhati permukaan tasik untuk melihat sama ada terdapat toman atau spesis lain bermain dipermukaan air. Namun suasana tasik bergitu tenang. Aku membuat beberapa lontaran dan kocakan daripada spinning propeller serta pelanggaran antara spinning propeller dan cracker memecah kesunyian dipagi tersebut.
Induk toman |
Aku menyusuri tebing tasik sambil melempar "Buzzbait" diantara rumput-rumput air dan tepi tebing tasik. Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan anak toman diantara celah-celah rumput air. Aku melempar "Buzzbait" untuk memikat induknya namum masih belum berjaya.
Bergambar bersama induk Toman |
Hampir satu jam aku mengikut kumpulan tersebut. Lontaran demi lontaran aku lakukan sehingga satu sambaran kuat diikuti dengan bunyi letupan dipermukaan air. Tali utama keluar tanpa henti, siiduk membawa "Buzzbait" diantara celah-celah rumput air dan ranting pokok tumbang di tepi tebing tasik. Aku meningkatkan tegangan pada tali utama untuk mengelakkan ikan terbelit diantara ranting pokok. Setelah hampir 20 minit bertarung akhirnya aku berjaya menewaskan induk toman tersebut.
Ambil data untuk rekod peribadi |
Ukuran panjang, ukur lilit dan berat diambil untuk rekod peribadi.
Catch And Release |
Setelah mengambil beberapa gambar dan data-data untuk direkod, induk tersebut dilepaskan semula untuk pemancing generasi akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan